WANITA seringkali digambarkan sebagai imej yang kerap menghambur-hamburkan wang. Bahkan, muncul istilah "perempuan materialistik" yang maksudnya adalah wanita yang suka mengejar lelaki kaya.
Bicara wanita, tentu serasi dengan kegemarannya dalam berbelanja. Bahkan, perkara ini kerap dikaitkan dengan anggapan bahawa wanita seringkali bercinta dengan lelaki hanya demi kekayaan semata-mata. Namun, adakah perkara tersebut benar?
"Sebagian besar wanita mencari rasa selamat, namun perkara ini tidak selamanya bererti wang," kata Christine, seorang relationship expert.
Diungkapkan Christine, memang ada jenis wanita yang demikian. Namun, perkara itu tidak mewakili semua wanita yang ada.
"Sebagai wanita yang penuh emosi, mereka cenderung mencari kestabilan untuk mengimbangi hidupnya yang kadang-kadang seperti roller coaster," jelasnya.
"Rasa selamat dapat dirasakan ketika Anda mencapai tujuan di mana passion Anda berada," ungkapnya.
Rasa selamat tersebut juga hadir dengan tanggungjawab dalam hubungan. Bila seorang wanita hanya mengejar kekayaan sang lelaki, apakah hubungan tersebut selamanya akan berjalan lancar? Tentu sekali tidak! bukan.
Memang benar seorang wanita mencari rasa selamat, namun tak selamanya perkara tersebut berasal dari wang, demikian seperti dikatakan Eligible Magazine.