Formula Berkesan Dapatkan Wanita Impian


MASIH impikan wanita idaman Anda? Masanya untuk berhenti bermimpi dan lakukan tindakan pasti untuk meraihnya.

Mendapatkan pasangan impian memang tak mudah bagi semua orang. Bagi lelaki yang pemalu, contohnya, jangankan untuk mengajak dating, menyapa pun tak ada keberanian.

Bila Anda termasuk dalam jenis lelaki seperti itu, jangan bimbang, kerana beberapa trik berikut dapat membantu Anda.


Sama-sama gementar

Jangan lupa bahawa pada waktu mendekatinya, bukan hanya lelaki yang merasa gementar, namun wanita juga demikian. "Yakinkan diri bahwa Anda dan wanita pujaan sesungguhnya sama-sama merasa gementar," kata Don Pedro dalam bukunya yang berjudul Memikat Wanita Idaman. Dengan mengetahui perkara ini, nescaya Anda akan merasa lebih rileks.

Konsentrasi pada tindakan

Anda perlu menumpukan perhatian pada tindakan yang Anda lakukan. Kerana, reaksi dan hasil sepenuhnya berada pada tangan wanita. Dengan memisahkan dua perkara ini, Anda dapat lebih fokus dan mendapatkan keputusan yang baik, daripada hanya mencemaskan bagaimana reaksinya.

Just do it!

Setelah melakukan dua perkara di atas, yang perlu Anda lakukan hanyalah melakukannya. Sapa dirinya dan tak perlu menyembunyikan apa-apapun.

Dengan cara ini, apapun hasilnya, Anda telah keluar sebagai pemenang. Sebab, Anda telah melepaskan diri dari keraguan dan ketakutan.