Ingin Isteri Cepat Hamil? Perbaiki Kualiti Sperma Anda!

MEMBUAT isteri hamil memang bukan pekerjaan yang sukar, namun juga bukan pekerjaan yang mudah. Banyak faktor yang mempengaruhinya, seperti keadaan fizikal dan mental suami isteri.

Lelaki memainkan peranan yang sangat kompleks dalam proses kehamilan seorang wanita. Sebabnya, yang diperlukan oleh wanita bukan hanya sperma yang hidup, tapi juga sperma yang sihat, kuat sehingga mampu membuahkan sel telur.

Oleh kerana itu, bagi Anda yang ingin cepat hamil, ada beberapa perkara yang harus diperhatikan agar suami Anda memiliki sperma yang sihat dan sehebat Superman. Menurut Tips Dahsyat Cara Alami untuk Cepat Hamil tulisan Yovinka Mahanani.

-  Rajin mengambil vitamin dan mineral. Kita boleh bertanyakan perkara ini kepada doktor tentang suplemen vitamin dan mineral apa yang tepat untuk diambil.

-  Menerapkan gaya hidup sihat seperti makan makanan yang bergizi, cukup istirehat, mengurangi stres, kerana akan merangsang terbentuknya hormon-hormon yang mempengaruhi perkembangan sperma.

-  Menjauhi panas. Sperma yang sihat adalah sperma yang hidup dalam suhu rendah. Hindari penggunaan seluar dalam yang ketat dan berada di tempat panas seperti sauna, dan berendam di kolam atau tub air panas.

-  Jika Anda sedang menjalani perubatan atau terapi, berunding dengan doktor tentang pengaruhnya terhadap kualiti sperma.

-  Jauhi mengambil alkohol dan dadah.

-  Hindari merokok kerana menyebabkan dan mengubah bentuk serta kecerdasan sperma.

-  Jauhkan diri Anda dari kontek atau menghidu gas-gas beracun seperti racun perosak, ubat anti hama, gam yang berbau menyengat, cat, thiner, benda-benda berkarat serta bahan-bahan organik.