Jenis-Jenis Wanita yang Mudah Di Dating

MENDEKATI seorang wanita memang bukan perkara mudah bagi kebanyakkan lelaki. Sebenarnya, perkara ini lebih mudah dilakukan bila lelaki tahu seperti apa jenis wanita yang mudah didekati.

Cinta memang tak mudah diteka dari mana datangnya. Namun bagi Anda, lelaki yang sedang mencari cinta, mungkin perlu mengetahui bagaimana wanita yang lebih mudah didekati. Tujuannya tak lain agar misi pencarian cinta Anda berbuah manis.


Bila Anda merupakan salah seorang lelaki pejuang cinta, berikut ini merupakan beberapa jenis wanita yang berpotensi untuk Anda dekati.

Wanita bujang

“Kerana masih bujung, mereka memiliki fleksibiliti memilih dan dipilih yang lebih tinggi,” kata Don Pedros, penulis buku Memikat Wanita Idaman.

Wanita seperti ini, umumnya tidak mengenakan cincin kawin atau tunang, meskipun perkara ini tidak jelas juga. Bila Anda ingin menemukannya, cubalah untuk mencari di tempat yang tak umum dikunjungi seorang diri, contohnya taman, pawagam, atau kedai makan.

Wanita opportunist, seronok dan agresif

Untuk mendekati wanita seperti ini, Anda perlu meyiapkan diri dan menciptakan kesempatan. Wanita jenis ini, umumnya bersikap rimas dan tidak kekok. Tiada protokol yang menjadi batu sandungan. Sekali berpijak, Anda ibarat berjalan di jalan tanpa halangan.

Wanita dalam kelompok

Contohnya, Anda merupakan pelajar kursus balet, salon, menjahit, atau kursus tarian dengan majoritinya peserta wanita. Jika begitu, apakah masih perlu bicara panjang lebar? Anda sudah ditempatkan dalam dunia “seller’s market” tempat pelanggan berposisi untuk mencari. Salahkan diri Anda bila sampai tak berjaya memanfaatkan keadaan ini.