Kesalahan Popular Lelaki Ketika Bercium Bibir
CIUMAN seringkali dilakukan untuk menunjukkan perasaan sayang dan cinta pada pasangan. Namun, tahukah Anda bahawa ada sebuah kesalahan yang sering dilakukan oleh lelaki ketika bercumbu?
Suasana romantis, lampu suram, Anda dan pasangan hanya sedang berdua saja. Momen selanjutnya yang mungkin Anda nantikan ialah ciuman romantis dengan kekasih. Ciuman sendiri tak selamanya nikmat, apalagi bila sang lelaki melakukan perkara yang membuat wanita merasa jijik.
"Beberapa lelaki memiliki mulut yang begitu basah, hingga membuat wanita tidak selesa sewaktu menciumnya," kata Christine, seorang pakar hubungan.
"Kita harus ingat bahawa untuk masuk atau keluar dari hatinya tergantung pada kemampuan Anda untuk berciuman," dia berkata. Perkara ini tentu sangat masuk akal, kerana wanita kerap menggunakan ciuman sebagai menyampaikan maksud untuk masuk pada tahap yang lebih intim.
Nah, untuk menghindari kesalahan yang sama, ikutilah beberapa tip yang diberikan Eligible Magazine.
Rileks
Cubalah untuk merasa tenang dan bersiap dengan berbagai sensasi. Fikirkan bahawa masih ada 100 lebih saraf yang ada pada bibir daripada hujung jari Anda.
Jangan terburu-buru
Ciuman bukanlah sebuah pertandingan di mana Anda harus segera mencapai garisan penamat. Oleh kerana itu, untuk memberi kesan padanya, timing Anda haruslah tepat.
Lihatlah petunjuk
Cubalah untuk memerhatikan tanda yang pasangan berikan. Seperti apakah gaya dan rentak yang dia inginkan.