Berjaya Mancari Lelaki Yang Tepat, Apa Tandanya?

MENCARI pasangan yang tepat dalam hidup memang tidak semudah memejamkan mata. Terlebih dulu, Anda bakal dihadapkan dengan calon-calon lain sebelum akhirnya bertemu dengan cinta hati yang tepat.

Jatuh cinta dan patah hati memang proses lumrah yang senantiasa terjadi silih berganti. Perkara ini merupakan proses kematangan sebelum Anda bertemu dengan soulmate tepat sebagai teman pendamping seumur hidup. Sayangnya, seringkali seseorang terlanjur menyerah ketika berhadapan dengan kegagalan cinta yang bertubi-tubi. Padahal, sinar cinta sudah pun di depan mata. Akhirnya, ramai orang kerap menghindari bercinta dengan alasan takut patah hati.

Nah, jika Anda termasuk di antaranya, kenapa tidak mencuba pendekatan dengan ramai orang terlebih dulu. Dari sana, Anda pun dapat mengetahui calon terbaik dalam hidup Anda. Berikut ini signal-signal yang dapat dijadikan petunjuk, seperti dilaporkan Ehow.


Jangan ragu bercinta dengan ramai lelaki

Bercinta menjadi langkah penting untuk mengetahui apakah calon tersebut lelaki yang sempurna atau tidak. walaupun demikian, bukan bererti Anda boleh datingn siapa sahaja dan memberikan harapan pada ramai orang. Sebelum bersetuju untuk berdating, luangkan waktu sejenak untuk berfikir betul-betul tentang calon lelaki idaman Anda. Adakah dia perlu kelakar, handsome  berotot, bergaya, dan sebagainya. Perkara ini untuk memudahkan pencarian Anda mencari calon lelaki idaman.


Tulis kriteria lelaki idaman di kertas

Rumuskan kriteria lelaki yang Anda cari sebelum dating dengan seseorang. Buatlah kolum dengan memasukkan beberapa daftar kriteria yang Anda inginkan. Buatlah dengan selektif sehingga rumusan ini dapat menjadi panduan Anda dalam memilih teman bercinta. Sebaiknya, Anda harus konsisten dengan rumusan tersebut dan tidak melanggarnya. Jika masih belum menjumpai calon tersebut, berfikir positiflah dan tetap optimis bahawa lelaki idaman Anda bakal muncul.


Manjakan diri Anda

Sebelum melangkah jauh untuk melakukan pendekatan dengan lelaki idaman Anda, tidak ada salahnya memanjakan diri agar penampilan Anda kelihatan sempurna. Seperti mengubah potongan rambut atau melakukan rawatan spa sejenak.


Menjelajahi banyak tempat untuk mencari peluang cinta

Untuk mancari lelaki terbaik, tiba masanya bagi Anda untuk menjelajahi banyak tempat demi mencari peluang cinta. Pergilah ke bar, ikut komuniti tertentu, cari di Facebook dan sebagainya. Fokuslah menikmati hangout Anda sambil melayangkan optimisme Anda dapat mencari lelaki yang tepat.