PANDANGAN pertama menjadi titik penting bagi melanjutkan hubungan dengan seseorang. Oleh sebab itu, menciptakan kesan yang menarik di fasa awal menjadi pekerjaan paling penting yang perlu dilakukan.
Menambat lelaki dalam kiraan minit di awal dating? Perkara ini sangatlah mudah dilakukan. Anda hanya perlu menciptakan kesan pada detik-detik awal pertemuan. Kesan ini sangat penting diciptakan kerana menjadi titik awal terbukanya peluang untuk meneruskan hubungan Anda.
Lantas, cara yang boleh dilakukan untuk memenangi hati lelaki idaman? Forbes memberikan ulasannya untuk Anda.
Tetapkan niat
Perkara terpenting untuk dilakukan iaitu berikan kesan yang baik untuk melancarkan tujuan Anda. Perkara ini sangat penting sebelum melalui program yang dirancang. Ketika Anda hendak berjalan-jalan, fikirkan tentang rancangan yang akan ditemui dengan orang tersebut dan jenis perbualan apa yang akan dibincangkan. Cara ini penting dirancang dari awal agar Anda boleh fokus ketika bertemu dengannya.
Pilih pakaian terbaik
Pakaian menjadi point penting untuk mengambil hati seseorang. Selain pakaian, Anda juga perlu memikirkan perhiasan pelengkap penampilan Anda, contohnya pakaian, make up, perhiasan, jam tangan, dan kasut. Semua perhiasan ini penting dipertimbangkan untuk menciptakan kesan awal yang baik.
Perhatikan bahasa tubuh
Bahasa tubuh menjadi bahagian penting dalam menciptakan kesan pertama pada seseorang. Semua kesan tentu bermula dari bagaimana postur tubuh Anda membawa diri di hadapannya. Bahasa tubuh yang menarik akan mendorong kepercayaan diri Anda di hadapannya. Oleh sebab itu, perhatikan saat Anda mengarahkan kaki, mengatur posisi bahu, dan cara Anda berjabat tangan.