SETIAP lelaki tentunya pernah mengalami gangguan dalam ereksi. Oleh kerana itu, cubalah untuk melepaskan beban atau rileks sejenak.
Berasmara tentunya tidak lengkap rasanya bila lelaki tidak mengalami "ketegangan". Kerana ini merupakan reaksi semulajadi yang dirasakan lelaki saat hasrat seksualnya tersentuh.
Ereksi terjadi pada lelaki saat darah memenuhi silinder-silinder berongga di dalam Mr P. Hasilnya, Mr P menjadi kaku, tegang, membesar, dan memanjang.
Namun, sebuah penyelidikkan mengatakan bahawa hampir 99 peratus lelaki pernah mengalami gangguan dalam ereksi, setidaknya sekali dalam hidupnya. "Gejala ini diketahui dengan tidak maksimanya Mr P ketika ereksi," kata Ki Guno Asmoro dalam bukunya yang berjudul Kamasutra & Kecerdasan Seks Modern.
Langkah terbaik untuk mengatasinya ialah dengan merasa santai. "Buatlah fikiran menjadi santai kemudian bersungguh-sungguh merasakan kenikmatan berasmara," jelasnya.
Lalaki tidak perlu merasa cemas mengenai apa yang akan terjadi. "Nikmati dan jangan risaukan mengenai masalah ereksi, kerana itu yang membuat stres dan ereksi terganggu," tutupnya.