Hah, Wanita Ini Tawarkan Khidmat Peluk Profesional

ADAKAH Anda kesepian kerana malam ini terpaksa tidur seorang diri? Wanita ini menawarkan khidmat memeluk dengan kadar bayaran sejam.

Tidur seorang diri kadang-kadang membuat seseorang merasa kurang selesa. Ketika tidur, mendapat pelukan dari seseorang dapat membuat tidur menjadi lebih indah dan nyenyak. Nah, inilah peluang yang dimanfaatkan oleh Jackie Samuel.

Wanita 29 tahun ini menjadi seorang pemeluk profesional (Professional Snuggler) yang bersedia menjadi teman tidur bagi siapa saja dengan kadar USD60 sejam atau RM185 sejam duit Malaysia.

Dalam seminggu, Jackie dapat menjana wang ribuan ringgit dengan memeluk sehingga 30 orang, termasuk golongan profesional dan veteran perang. Perkara ini dilakukannya untuk menampung pembiayaan pendidikan termasuk memelihara seorang anaknya.

Profesion ini bukannya tidak dipandang serong dan mendapat tanggapan negatif. Ramai yang menganggap Jackie lebih teruk dari seorang pelacur. Namun, dia tidak mengendahkan langsung perkara itu.

"Beberapa klien saya datang dengan bermacam alasan. Untuk orang yang lebih tua, pasangannya sudah meninggal dan mereka memerlukan seseorang di sampingnya, mereka perlukan sensasi dari sebuah sentuhan," katanya.

"Sementara untuk klien yang lebih muda, mereka kadang-kadang sedang dilanda masalah dalam hubungannya. Ada pula yang hanya ingin tahu bagaimana rasanya," jelasnya.

Jackie memasarkan perkhidmatannya ini secara online dan beroperasi di kawasan New York. Demikian seperti dilaporkan Dailymail.