MEMILIKI pasangan yang ego memang membuat hubungan menjadi kurang menyenangkan. Selain boleh menyebabkan hubungan menjadi keruh, komunikasi pun jadi kurang berkesan.
Lelaki diketahui mempunyai tahap egoisme yang lebih tinggi berbanding wanita. Perkara ini tidak saja melibatkan egoism keseharian, tetapi juga urusan bercinta. Tentu perkara ini akan menjadi kerikil yang mungkin meretakkan pasangan suami isteri.
Nah, apabila Anda termasuk salah seorang isteri yang mempunyai suami dengan sikap keegoan yang tinggi, ada baiknya jika Anda berani bertindak atau mengatakan keluh kesah Anda. Ada beberapa cadangan yang disimpulkan melalui buku Seks yang Membahagiakan, Menciptakan Keharmonisan Suami Isteri, karya Wimpie Pangkahila, untuk para isteri, boleh mengambil sikap dan tindakan untuk menghadapi suami yang ego.
Pertama, mengingatkan suami tentang sikapnya yang hanya mementingkan diri sendiri dalam melakukan aktiviti seksual dan hubungan seksual. Tentu saja cara mengingatkannya tidak semestinya dalam suasana yang kaku, melainkan dalam suasana yang baik sehingga tidak menyakiti perasaan suami.
Kedua, memberitahu suami mengenai apa yang diinginkan dalam hubungan seksual dan sampaikan kalau ada masalah seksual yang dialami. Ingatlah bahawa dalam hubungan seksual memerlukan kepuasan dan kenikmatan dari kedua-dua belah pihak.
Setelah Anda telah memberitahukan apa yang dirasakan selama ini, maka suami juga berupaya untuk menyokong isterinya dan memperhatikan keharmonisan dalam perhubungan bersama isteri. Tentu, komunikasi yang baik menjadi kunci penting dalam penyelesaian masalah keegoan suami pada hubungan seksual Anda.