Cinta atau Nafsu? Lihat Signal Ini

ANTARA cinta dan nafsu memang sangat berbeza tipis. Namun Anda dapat membezakannya dengan cara berikut dan membuktikan apa perasaan Anda terhadapnya.

Apakah Anda keliru, tidak mampu memahami apakah Anda benar-benar jatuh cinta padanya atau hanya kegilaan seketika? Apakah Anda kadang-kadang bertanya-tanya mahu maju kehadapan hubungan Anda? Anda tidak yakin dapat hidup selamanya dengan pasangan Anda sendiri? Atau Anda merasa tidak mencintai pasangan, tapi hanya sekadar nafsu? Berikut ialah ciri-ciri jika Anda benar-benar mencintai seseorang atau hanya bernafsu dengannya, seperti dilaporkan Mag for Women.

'NAFSU' jika:

  1. Anda hanya fokus pada tubuh dan wajah tampannya. Jika itu ialah cinta pada pandangan pertama, cubalah cari apa sebenarnya yang membuat Anda jatuh cinta dengan dia. Apakah pesonanya? Apakah tingkah lakunya? Apakah senyumnya? Atau hanya penampilan dan tubuh seksinya? Apakah Anda benar-benar melihat keperibadiannya dan karakteristiknya? Pernahkah Anda tahu jika dia baik hati? Jika tidak, itu pasti hanya nafsu.

  2. Anda hanya tertarik berhubungan seks dengannya. Anda selalu berfantasi tentang saat-saat paling intim yang Anda habiskan dengan dia dan benar-benar tidak peduli tentang semua perkara lain yang Anda lakukan bersama-sama. Jika segala sesuatu yang Anda lakukan adalah hanya persiapan untuk seks, maka Anda tidak jatuh cinta padanya. Anda hanya tertarik pada hubungan fizikal.

  3. Anda mencintainya tapi tidak sebagai teman. Tidak ada keraguan bahawa Anda mencintainya, tetapi hanya sebagai kekasih. Fokus utama Anda ialah seks. Cinta sejati melibatkan persahabatan. Anda terlibat dengan pasangan di semua tahap dan semua yang Anda lakukan bersama-sama, bukan hanya seks. Jika tidak, maka pasti itu ialah nafsu.



'CINTA' jika:

  1. Anda ingin menghabiskan waktu berkualiti bersamanya. Waktu yang Anda habiskan bersama-sama adalah sesuatu yang Anda benar-benar hargai dan harapkan. Jika Anda tidak hanya tertarik untuk tidur dengan dia, tapi juga tertarik berkongsi setiap saat bahagia dan sedih dengannya, maka Anda sedang jatuh cinta.

  2. Anda memotivasi dirinya dan sebaliknya. Jika Anda terus-menerus menginginkan dirinya berjaya dan membuatnya tetap termotivasi untuk mencapai tujuannya dan dia melakukan perkara yang sama untuk Anda, maka Anda sedang jatuh cinta. Jika kegembiraannya memberikan kebahagiaan dan Anda menangis ketika ia terluka, Anda mencintainya dan sudah pasti bukan hanya nafsu.

  3. Anda selesa berbincang dengannya dan benar-benar menikmati mendengar apa saja yang dia katakan. Jika Anda menikmati perbualan antara Anda berdua, maka pasti Anda sedang jatuh cinta. Jika hanya nafsu, kecenderungannya ialah untuk menghindari perbualan. Jika Anda berkongsi banyak dengan dia dan dia berbicara kepada Anda tentang hari-harinya dan jika Anda ingin mendengar perasaan masing-masing, maka Anda sedang jatuh cinta.