EGO bererti mementingkan diri sendiri. Dalam kehidupan seksual, pasangan yang bersikap ego akan mengakibatkan kesan buruk pada kehidupan suami isetri yang dijalani.
Ada beberapa kemungkinan penyebab egoisme dalam hubungan seksual pada pasangan. Perkara itu disebabkan kerana dia merasa kurang puas pada hubungan seks. Hasilnya, sifat ego itu timbul dan mengakibatkan dirinya tidak memikirkan apa yang pasangannya rasakan.
Lanjutan kerana sikap ego yang timbul tersebut, pasangan cenderung memikirkan dirinya sendiri untuk meraih pencapaian orgasma dan kepuasan seksual. Kalau keadaan ini berterus berlangsung, pada akhirnya pasangan yang merasakan keegoisan tersebut akan kehilangan dorongan seksual dan bahkan boleh mengalami ketidakinginan untuk melakukan hubungan seksual.
Sebabnya, dalam perhubungan seksual masing-masing pasangan harus mampu memuaskan dan mengerti keinginan pasangan antara satu sama lain. Dan pada akhirnya akan memberikan kenikmatan dan kepuasan bagi Anda berdua tanpa ada yang harus disakiti. Demikian yang dipetik dari buku Seks yang Membahagiakan, Menciptakan Keharmonisan Suami Isteri, karya Wimpie Pangkahila.