TUGAS seorang suri rumahtangga memang banyak. Selain mengurus keperluan keluarga, mereka juga mempunyai kewajipan untuk melayani pasangannya.
Namun, masalahnya tidak semua perempuan mampu memenuhi kewajipan itu. Malah ada juga yang enggan bermain asmara dengan suami kerana penat atau tiada mood. Tapi apakah alasan mereka itu boleh diterima oleh pasangannya? Jangan sampai hanya kerana isterinya tidak mahu melakukan hubungan seks sehari sahaja, suami sudah berfikir untuk mencari kesenangan di luar rumah.
Salah satu perkara yang dapat dilakukan untuk menghindari suami "makan" di luar adalah kembali melihat pada komitmen semula.
Jangan sampai kesibukan Anda sekarang mengganggu hubungan suami isteri. Walaupun hubungan seks adalah perkara yang penting, tetapi bukanlah yang terpenting.
Masalah kehilangan hasrat seksual atau Hypoactive Sexual Desire Disorder yang dialami oleh kalangan perempuan, tanpa disadari akan memicu pasangannya untuk berlaku curang dengan perempuan lain.
Dengan semakin jarangnya sebuah pasangan berhubungan intim, akan membuat pasangan lelaki kurang merasa intim secara emosi dengan pasangannya. Lebih-lebih lagi buat pasangan lelaki yang tidak merasa gembira dalam kehidupan cintanya.
Jadi, untuk menanggulangi perkara tersebut, sebaiknya kaum wanita harus manafsirkan hubungan seksual bukan hanya sekadar kewajiban semata-mata.
Masalahnya kadang-kadang bagi seorang wanita berhubungan intim itu menjadi sebuah kewajipan. Padahal anggapan itu salah, kerana dapat menjadi penghambat dalam pernikahan. Sebaiknya nikmati saja hubungan intim itu kerana pasti akan lebih menyenangkan.
Setelah kita dapat memahami makna dari hubungan intim, faktor lain yang tak kalah pentingnya ialah komunikasi. Kerenggangan dan keretakan dalam rumahtangga harus secepatnya diutarakan dengan cara membuat komitmen baru.
Agar api cinta berkobar lagi, sebaiknya setiap pasangan membina komunikasi agar tercipta pembaharuan untuk reunifikasi. Contohnya mengambil keputusan bercuti hanya berdua saja dan melakukan bulan madu kedua.
Walaupun demikian, masalah rumahtangga tidak hanya berjuang pada hubungan intim saja. Kerana masalah seksualiti itu sebenarnya hanyalah semanis tebu, sementara faktor utama adalah kebersamaan.
Misalnya bagaimana seorang isteri dapat menunjukkan penghargaan terhadap suami. Kerana kadang-kadang kaum hawa itu sering membanding-bandingkan pasangan dengan orang lain, yang justru akan meruntuhkan hati suami. Padahal dengan adanya penerimaan dari seorang isteri itu maka akan membangkitkan kejantanan suami.