PEMILIHAN hadiah yang terbaik boleh memenangi hati lelaki. Oleh kerana itu, pilihlah barang yang boleh membuatkan hatinya “meleleh”.
Kesukaran memilih hadiah untuk lelaki mungkin banyak dialami wanita. Padahal, masalahnya tidaklah serumit yang difikirkan. Anda hanya perlu memikirkan tentang beberapa kegiatan yang Anda lihat dan menikmatinya. Kuncinya, pilihlah hadiah yang melengkapkan aktivitnya hariannya. Berikut panduannya, seperti dipetik dari Ehow.
Pakaian
Lelaki sangat suka pakaian yang bergaya yang sesuai dengan hobinya. Mereka pun biasanya gemar menggunakan jersi pasukan bolasepak kegemarannya. Dengan menggunakan pakaian tersebut, mereka secara tidak langsung menyokong teamnya. Tentu perkara ini boleh menjadi idea bagi wanita untuk membelikannya t-shirt atau jaket pasukan kesayangannya.
Gadget
Berilah lelaki peranti gadget terbaru di mana dia dapat mengisi masa lapang dengan barang tersebut. Pilihan lainnya, Anda dapat membelikan game terbaru di mana dia dapat bermain dengan rakan-rakannya.
Bacaan kegemaran
Lelaki sangat menikmati bacaannya. Mereka akan membaca untuk pelbagai keperluan bermula dari memenuhi informasi tentang berita terbaru hingga hiburan. Berikan voucher langganan surat kabar nasional atau lokal juga dapat membantu menjaga dirinya tetap berhubung dengan berita terbaru. Jika dia memiliki hobi khas, misalnya outomotif atau sport, maka berikan voucher langganan majalah tersebut. Bacaan tersebut akan membuatnya bahagia kerana dapat memberikannya informasi tentang sukan kegemarannya.