Mengapa Lelaki Berbohong & Wanita Menangis?

PERBEZAAN antara wanita dan lelaki ternyata tidak secara penampilan fizikal, malah juga melalului karakteristik. Semak ulasannya berikut untuk mengetahui lebih lanjut.

Ekpresi serta respons antara lelaki dan wanita dalam menghadapi sesuatu perkara memang sangatlah berbeza. Lelaki lebih dipengaruhi logik akalnya, sementara wanita lebih dipengaruhi perasaannya. Jadi, apa alasan yang membezakan keduanya?

Seperti diulas dalam buku Why Men Lie and Women Cry karya Allan dan Barbara Pease diterangkan bahawa perbezaan ini tidak sahaja mempengaruhi perkara secara umum, tetapi juga cara berkomunikasi antara kedua-duanya, seperti dilaporkan Ezinearticles.


Wanita lebih sering berbicara

“Ketika seorang wanita berbicara, dia lebih sering menggunakan percakapan langsung. Ini mengisyaratkan apa yang dia inginkan atau simpulkan.”

Komunikasi langsung dari wanita memiliki bertujuan untuk membangunkan hubungan dengan lainnya dan menghindari konfrontasi, perbezaan, dan konflik.

Ketika wanita menggunakan percakapan langsung dengan wanita lain, biasanya hal tersebut meminimalisasi terjadinya konflik pendapat. Perkara ini tentu sangat penting mengingatkan wanita sensitif terhadap sesuatu perkara. Tidak luar biasa kerana menyentuh emosionalnya, maka wanita pun akan menangis. Namun jika jenis komunikasi seperti ini diterapkan dengan lelaki, maka perkara ini tidak akan efektif dan seterusnya membahayakan hubungan.


Lelaki lebih straightforward dalam berbicara

Dalam melayangkan percakapan langsung, biasanya lelaki akan mengutarakannya dengan kalimah straightforward. Mereka menilai jika struktur percakapan wanita seringkali mengelirukan dan kerap menuduh wanita tidak tahu apa yang hendak mereka perkatakan. Maka, tuduhan-tuduhan pun dilayangkan pada wanita.

Pada titik ini, biasanya lelaki akan melanjutkan perbualan dengan wanita dan meletakkan jika percakapan tersebut sering diulang berkali-kali oleh wanita.

Di luar itu semua, wanita seharusnya lebih memahami bahawa jika seorang lelaki tidak mengikuti apa yang dikatakannya, dia akan sering berpura-pura mengerti daripada terlihat bodoh. Mungkin itulah yang kemudian membuat kaum adam cenderung berbohong.