Mr P Panjang Jamin Wanita Orgasme?

RAMAI wanita sukar untuk mendapatkan orgasme. Namun dengan ukuran Mr P yang besar dan panjang dipercayai dapat memudahkan klimaks diraih dengan mudah. Benarkah?

Sebuah kajian mengungkapkan bahawa wanita akan mendapat orgasme jika pasangannya mempunyai ukuran Mr P lebih panjang. Stuart Brody, psychologist dari University of the West of Scotland mensurvei 323 wanita dan menanyakan mengenai aktiviti seksual mereka.


Responden kemudiannya diminta untuk  memberitahukan kemungkinan orgasme seksual yang mereka rasakan. Pilihannya, apakah mereka lebih mudah meraih orgasme dengan Mr P lebih panjang atau lebih pendek dari ukuran purata pada umumnya iaitu 14.9 cm. Dari kajian tersebut, Brody mendapatkan kesimpulan jika ramai respondennya mengutarakan bahawa Mr P yang panjang memudahkan mereka meraih orgasme.

"Ini mungkin disebabkan setidaknya sebahagian besar kemampuan Mr P yang lebih panjang dapat merangsang secara keseluruhan dinding miss V, dan leher rahim," ucap Brody, dipetik Dailymail dan dilaporkan Mid Day.