Parah, Remaja Belajar Soal Seks dari Rakan

PERILAKU seks bebas yang melanda remaja sekarang semakin meningkat dari masa ke semasa. Ibubapa wajib berwaspada dengan ancaman ini kerana sumber informasi tersebut justeru berasal dari rakan-rakan dan bukannya dari keluarga mereka.

Sebuah survei menunjukkan bahawa ramai remaja yang mempelajari aktiviti seksual dari rakan mereka dan bukan dari keluarganya.

"Faktanya bahawa Ibubapa tidak terlibat dengan anak-anak mereka mengenai pendidikan seks di mana sebenarnya perkara ini menjadi perhatian besar," ungkap Direktor Jeneral Tewodros Melesse, International Planned Parenthood Federation (IPPF) seperti dipetik News24.

"Remaja memerlukan sumber yang tepat dan boleh dipercayai mengenai info berkaitan dengan seks yang mereka ketahui. Dan mereka pun harus mendapatkan didikan yang benar," sambung Melesse.

Survei yang dilakukan pada 7,662 remaja dengan usia antara 16 hingga 24 tahun, dan 25 hingga 34 tahun, menunjukkan bahawa 38 peratus dari remaja memiliki kawan-kawan sebagai sumber informasi utama mereka tentang seks. Sementara, 19 peratus belajar tentang seks melalui televisyen dan media lainnya seperti majalah.

Selebihnya, 18 peratus remaja belajar seks melalui sekolah, 14 peratus melalui internet, dan hanya empat peratus mengetahuinya dari keluarga mereka.

"Kami benar-benar memerlukan keluarga untuk mengajar anak-anaknya tentang seks, kesihatan seksual dan perlakuan yang bertanggungjawab sejak awal. Dan jika keluarga dapat memperkatakan tentang pendidikan seks pada anaknya, maka perkara itu dapat mencegah meningkatnya risiko berlakunya seks bebas," tutup Melesse, seperti dilaporkan Mid Day.