PERASAAN cinta boleh tumbuh pada sesiapa saja. Tidak terkecuali pada orang yang tak pernah Anda bayangkan.
Sudah memiliki pasangan, tak bererti cinta tak mungkin tumbuh lagi pada orang lain. Inilah yang terjadi pada ramai wanita, walaupun hanya sedikit yang mahu mengakuinya.
Survei yang dilakukan sebuah laman dating menyatakan, 24 peratus dari responden wanita mengaku pernah menyukai rakan dari pasangannya. Lebih mengejutkan, sembilan peratus wanita rela putus dengan kekasihnya demi bercinta dengan lelaki yang dia sukai tersebut.
Survei ini juga menunjukkan, 66 peratus wanita mengaku rakan kekasihnya lebih menarik daripada kekasihnya sendiri. Demi menjaga keharmoniaan hubungannya, 62 peratus responden sengaja mengelak dari rakan kekasihnya sebaik mungkin.
"Saya sangat terkejut dengan ramainya wanita yang menyukai teman pasangannya! Saya rasa akan ramai lelaki yang curiga di luar sana," kata Luke Pomaro, pembangun laman DateWithaMate.com.
"Ketika Anda menghabiskan banyak waktu dengan orang lain, Anda akan mulakan membina persahabatan dengannya. Namun Anda perlu ingat, perasaan seperti ini tak hanya berisiko membuat hubungan Anda berakhir, tapi juga persahabatan antara mereka," tutupnya, seperti dipetik Femalefirst.