WALAUPUN sering memberikan benda aneh, namun lelaki menyimpan maksud tersendiri di sebalik hadiah-hadiah yang diberikan. Berikut ulasannya.
Lelaki kadang-kadang menjadi makhluk yang paling aneh. Mencuba untuk mengetahui apa yang ada di pikiran mereka kadang-kadang boleh menjadi sesuatu yang mencabar. Jika Anda mengalami kesukaran untuk mengerti makna di sebalik perilaku seorang lelaki, ada panduan praktikal untuk memecahkan signal kelakuan lelaki, dari David Wygant, seperti dilaporkan Sheknows.
Seorang lelaki memberikan bunga?
"Bergantung pada waktu apa dia memberikan bunga, tetapi sebahagian besar lelaki memberi bunga kepada wanita kerana dia benar-benar ingin menjalinkan hubungan asmara yang serius dan menikmati hidup menjadi seorang lelaki. Ia adalah lelaki yang sedikit kuno (dalam erti kata lain)."
Seorang lelaki memberikan perhiasan?
"Sekali lagi, dia adalah lelaki yang agak kuno. Dia suka membeli barang-barang baik untuk pasangannya dan senang melihat pasangannya gembira dan bahagia. Lelaki jenis ini suka memberi hadiah, dan itulah cara berfikirnya bahawa wanita akan bahagia jika diberikan perhiasan."
Seorang lelaki menjadi orang yang pertama mengirim SMS kepada Anda di pagi hari?
"Pertama di pagi hari, dia adalah lelaki yang romantis. Ketika bangun tidur, dia memikirkan Anda. Dia mengirim SMS dengan tujuan agar Anda tahu bahawa dia memikirkan Anda, tidak peduli apa isi SMS-nya. Itu adalah cara lelaki untuk mengatakan, "Hei, kamu ada di fikiranku saat aku bangun."