Tak Bermaya di Ranjang, Lelaki Malu Mengakuinya?

SEBAGAI mahluk yang cenderung memakai logik daripada perasaannya, lelaki ternyata sukar menerima beberapa kenyataan. Salah satunya, mengakui betapa buruk aksinya di ranjang.

Dalam cara berfikir, lelaki memang sangat bergantung kepada logik dan rasional. Perkara ini tentu berbeza jika dibandingkan dengan wanita yang suka bermain perasaan. Namun demikian, lelaki juga mahluk yang memiliki ego tinggi hingga sukar menerima kenyataan yang ada.


Tak bermaya di ranjang

Bukan mudah bagi lelaki untuk mengakui betapa teruk performancenya dalam seks. Bila Anda mengatakan dia tak hebat di ranjang, dia akan mengeluarkan banyak sekali alasan. Lelaki yang tak dapat menerima perkara ini akan mulai menyalahkan Anda demi membuat dirinya nampak betul. Kenyataan seperti ini dapat menyerang ego seorang lelaki dan membuat mereka sukar menerimanya.

Kesalahan ibunya

Apakah jenis pasangan Anda “anak mama” atau bukan, lelaki cenderung tak setuju saat ada yang menyalahkan ibunya. Meskipun manusia biasa dan banyak kekurangan, seorang ibu tetap memiliki tempat yang dalam di kehidupan seseorang, termasuk pasangan Anda.

Masalah kewangan

Lelaki merupakan mahluk yang selalu mengingankan sesuatu yang lebih. Meskipun sudah mempunyai simpanan, saat Anda meminta sesuatu yang baru, biasanya dia akan mengeluh tak mempunyai wang. Mereka cenderung berpikir wanita hanya akan menghabiskan wangnya jika mengetahui keadaan financial yang sebenarnya.

Tidak mengakui kesalahan

Saat Anda berdua bertengkar, dia tak akan menerima bahawa dirinya juga bertanggungjawab dalam masalah ini. Bila Anda menayalahkannya, dia akan mengatakan bahwa Anda-lah yang memulai masalah. Ego lelakinya yang membuatkan seorang lelaki bertindak seperti ini.

Hanya cinta, tanpa hasrat

Bila Anda menanyakan apa yang membuatnya tergila-gila pada Anda, tentu dia akan mengatakan ini kerana cinta. Padahal, faktor hormon yang membuatnya lebih bernafsu daripada cinta terlebih dahulu.

Artikel Terkait Metroseksual