Usaha Untuk Mengandung? Ini Caranya!

ANDA bersama pasangan, tentunya menginginkan kehadiran anak di dalam kehidupan alam rumahtangga Anda. Banyak usaha yang sudah Anda lakukan agar cepat hamil, namun masih belum menunjukkan hasil.

Sudah pelbagai macam cara untuk cepat hamil yang pernah Anda dengar, baik dari rakan, keluarga, mahupun saudara-mara. Cara-cara tersebut ada yang berjaya dengan baik, namun banyak juga yang tidak.

Dari berdozen-dozen bahkan puluhan cara yang pernah diketahui, berikut beberapa cara yang layak untuk Anda pertimbangkan.

Merancang Waktu Perhubungan Anda

Salah satu cara terpenting untuk cepat hamil adalah dengan merancang waktu untuk bersama Anda dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maksima lima hari di dalam rahim, kerana itu untuk meningkatkan kesempatan terjadinya kehamilan, lakukan hubungan dua hari sebelum masa ovulasi atau keluarnya sel telur.

Mengetahui Basal Body Temperature (BBT)

Biasakan untuk mencatat suhu pertama setiap pagi dan mencari suhu perubahannya, ramai perempuan yang memiliki BBT sedikit menjunam sekitar satu-dua hari sebelum ovulasi, hal ini menandakan bahawa masa ovulasi sudah dekat dan dapat meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Dengan itu boleh melihat bila masa ovulasi, jika hari pertama ovulasi belum hamil masih ada kemungkinan akan hamil satu atau dua hari berikutnya.

Kontrol Berat Tubuh Anda

Berat badan yang normal atau seimbang memiliki impak yang besar meningkatkan kesempatan untuk terjadinya kehamilan. Tidak jarang Anda temui sebagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badannya, di mana umumnya juga akan bermasalah dengan kehamilannya. Kelebihan berat badan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi tahap kesuburan Anda. Usahakanlah untuk mencapat berat tubuh yang ideal terlebih dahulu. Sebaliknya, terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sama.