Beri Kejutan Ciuman Panas untuk Dia?

BERCIUMAN dengan pasangan tidak saja membuat mood jadi lebih positif tapi juga meningkatkan keintiman. Tertarik mencubanya? Ikut saja trik berikut.

Meningkatkan kualiti hubungan tidak hanya dilakukan melalui penambahbaikkan komunikasi. Menjaga keintiman fizikal melalui ciuman dengan pasangan pun menjadi salah satu pekerjaan yang perlu dilakukan. Untuk menyampaikannya pada pasangan, review ini dapat membantu Anda, seperti dilaporkan Seventeen.


Memasukkan Chewing Gum

Sebelum mulai mencium, katakan padanya Anda memiliki kejutan indah buatnya. Setelah itu, letakkan sebiji chewing gum perisa buah ke dalam mulut Anda. Mulakanlah mencium dan biarkan dia menikmatinya. Ketika dia mulai menikmatinya, pindahkan chewing gum ke lidah Anda dan buka bibirnya untuk memberikan french kiss padanya sambil meniupkan gelembung kecil dalam mulutnya. Biarkan gelembung tersebut meledak di lidah dan membuatnya terkejut.

Jangan membuka mulut terlalu lebar

Berikan ciuman untuknya yang sangat menyenangkan dengan penuh semangat. Berikan dia kucupan lembut di bibir kemudian buka mulut Anda dan memulakan permainan. Setelah itu, bergantilah dengan teknik french kiss dan membungkus bibir Anda di sekitar hujung lidahnya. Hisap dengan lembut dan cuba untuk tidak membiarkan bibir Anda menyentuhnya. Mainkan lidah Anda dengan berputar-putar di sekitar mulut. Jangan membuka mulut terlalu lebar agar memberikan kesempatan lidah untuk memainkan gerakan panas di mulutnya.

Jangan lupa ambil nafas

Ketika ciuman berlangsung, jangan lupa mengambil nafas untuk memberikan tenaga lebih pada Anda. Lakukan ciuman dengan betul dan biarkan dia menikmatinya. Berjanjilah padanya untuk memberikan sesuatu yang baru untuk menghilangkan kebosanan ketika berciuman dengannya. Perkara terpenting, jangan lupa menghirup nafas ringan ketika ciuman berlangsung, lalu berikan pula kesempatan padanya menghembuskan nafas.