Ciptakan Ciuman Panas dengan si Dia? Ini Triknya

CIUMAN tidak saja menjadi pengantar manis dalam menciptakan keintiman, tetapi juga cara efektif membakar ghairah. Kerananya, menciptakan ciuman panas dapat membuat ghairah pasangan dengan mudah terbangun.

Apa perkara terpenting untuk menciptakan ciuman panas dengan pasangan? Selain kreativiti gerakan, menguasai teknik mencium dan memanfaatkan suasana pun dapat menjadi pertimbangan. Seventeen memberikan tipsnya.

Berikan ciuman sederhana

Pernahkah Anda mengagumi seseorang sehingga membuat hati Anda excited dan terus memikirkan bagaimana menciumnya. Ya, ciuman sederhana kadang-kadang boleh memuaskan dan membuat hubungan lebih intim. Berciuman merupakan cara efektif menikmati saat intim bersama pasangan.

Pandai memanfaatkan waktu

Ketika Anda mengharapkan ciuman di awal hubungan mungkin perkara tersebut dapat menjadi saat indah. Walaupun demikian, Anda perlu mencari saat tepat untuk memberikan ciuman untuknya. Ketika mendapatkan saat tersebut, mulakanlah dengan bermain-main di bibirnya, kemudian dengan ringan menyedut bibir bawahnya. Biarkan dia melakukan perkara yang sama dengan bibir atasnya. Setelah itu, mainkan bahagian lain dan tarik diri sebelum ciuman dengan mulut terbuka dilakukan. Akhiri dengan manis dan tersenyumlah. Hati-hati, jangan menggigit lidah atau bibir kerana dapat menyakitinya.

Ciuman tak berhujung

Sesekali, katakan padanya bahwa Anda ingin mencuba ciuman penuh ghairah bersama-sama. Biarkan dia tahu bahawa perkara ini menjadi keinginan Anda sehingga Anda dapat fokus memainkan semua rasa dan bibir pasangan masing-masing. Sentuh pipinya dengan tangan Anda dan bergerak dengan lambat. Perlahan cium pipinya dan bawalah bibir Anda ke mulutnya. Mulakan french kiss dengan lembut dan jangan terburu-buru. Biarkan mata Anda terpejam dan sesekali membukanya kemudian pejamkan lagi. Sesekali, biarkan dia yang memimpinnya dan mula membelai pipi Anda.