Dia Nak atau Tak? Perhatikan Matanya

KELIRU menduga samada si dia ada hati atau tidak dengan Anda? Beberapa tanda berikut dapat membantu Anda.

Pasangan Bercinta

Sifatnya yang tersirat membuat isi hati seseorang sulit dijangka. Seringkali, Anda dibuat keliru dengan sikap seseorang pada Anda. Saat di hadapan Anda, perhatiannya begitu tinggi. Namun Anda tak ingin begitu saja menyimpulkan bahawa perkara tersebut merupakan bentuk rasa sukanya pada Anda. Boleh jadi, perhatiannya hanya bentuk perasaan biasa saja. Nah, jika Anda tidak yakin apakah seseorang memiliki perasaan pada Anda, periksa satu-persatu signal berikut.

Kontek mata

Jika Anda mengetahui kontek matanya tertuju pada Anda dalam jangka waktu yang lama kemungkinan besar dia sukakan Anda.

Perhatikan kalimahnya

Ketika dia berbicara tegas di hadapan Anda ertinya dia menyukai Anda. Secara umumnya, orang yang menyukai seseorang tentu sekali ingin melibatkan diri dalam percakapan dan respon dengan kalimah-kalimah yang Anda layangkan. Walaupun, Anda tidak mengatakan perkara-perkara penting sekalipun, si dia pun tetap akan mendengarinya dan memberikan pandangannya.

Perhatikan bahasa badannya

Bagaimana gerak seseorang dapat memberitahu jika dia meyukai Anda? Biasanya dia akan berada di sekitar Anda selama percakapan berlangsung atau memalingkan kepalanya ke satu sisi untuk mendengarkan setiap kata yang Anda layangkan.