Bahkan, ramai mereka kerap menanggung derita yang terjadi akibat hubungan tidak sihat tersebut. Lantas, mengapa mereka melakukan perkara itu? Berikut ulasannya, seperti dilaporkan Boldsky.
Takut kesepian
Kesepian adalah salah satu ketakutan paling umum yang dimiliki oleh setiap orang. Walaubagaimanapun, sebetulnya ini sangat mudah untuk diatasi. Hanya perlu percaya pada diri sendiri bahawa Anda mampu menjalani hidup dengan bahagia bersama orang-orang di sekeliling yang sedia menerima Anda seadanya.
Takut akan kekosongan
Kehidupan modern memang kini membuat kita seringkali jauh dari kenyataan. Bahkan, ikatan keluarga pun tidak sekuat dahulu. Oleh sebab itu, perkara itu membuat rasa takut akan kekosongan semakin tinggi, sehingga orang sanggup untuk bertahan hubungan yang teruk.
Takut kehilangan
Ramai orang yang merasa hancur jika hubungan cintanya tidak menjadi. Bahkan, ramai daripada mereka menganggap segala yang dimilikinya telah hilang.
Takut tidak dicintai lagi
Orang lebih rela mempertahankan hubungan yang teruk tidak lain kerana mereka berfikir tak ada orang yang mahu mencintainya lagi. Cinta adalah keadaan psikologi dan tak ada seorang pun yang akan sendirian selamanya, kecuali mereka sendirilah yang memilih untuk melakukannya.
Status Facebook
Ya, fakta terbaru orang tidak mahu melepaskan pasangannya kerana takut untuk mengubah status hubungan Facebook. Jika sebelumnya orang takut akan stigma sosial, kini yang terbaru adalah mereka takut dengan stigma yang terjadi di jaringan sosial.
Tak mampu bertanggungjawab
Terlalu bergantung pada pasangan juga menjadi alasan terakhir tetap bertahan dalam sebuah hubungan yang teruk. Tidak saja bergantung secara material, namun mereka juga memiliki kebergantungan secara emosional.