JATUH cinta mampu membuat orang yang merasakannya menjadi gugup dan tidak stabil. Degup jantung yang tidak teratur dan pemikiran irasional menjadi penyebabnya.
Seorang ahli saraf mengungkap misteri mengapa jatuh cinta boleh membuat orang menjadi keliru, irasional, dan bahkan bertindak tidak masuk akal. Setelah dipetakan, perkara tersebut sebenarnya disebabkan adanya perubahan kimia dalam otak di mana penyelidik juga menemui bahagian-bahagian yang mengaktifkannya. Dengan keadaan ini, ada beberapa bahagian yang tertutup ketika seseorang jatuh cinta.
Para penyelidik berharap bahawa penemuan ini juga memungkinkan penemuan penyebab mengapa sebahagian orang yang sedang jatuh cinta boleh melangkah terlalu jauh.
"Ketika Anda melihat seseorang yang Anda sukai, beberapa kawasan otak menjadi aktif," ujar Semir Zeki, profesor neuro-aesthetics di University College London, seperti dipetik dari Dailymail.
"Tapi sebahagian besar menjadi tidak aktif dan bahagian inilah yang berperanan dalam penilaian," sambungnya.
Seseorang yang sedang jatuh cinta masih mampu membuat keputusan besar lainnya dalam hidup mereka. Hasil scan menunjukkan bahawa daerah otak yang mengontrol rasa takut dan daerah lain yang terlibat dalam emosi negatif menjadi tertutup ketika mereka sedang jatuh cinta.
Kajian menunjukkan bahawa dopamin di otak menjadi lebih tinggi pada orang yang sedang jatuh cinta. Dopamin memiliki pengaruh bagi seseorang saat mengalami suka dan duka, di mana berkaitan dengan kebahagiaan dan ghairah. Hasilnya jika perkara itu tidak terpenuhi, maka dapat menyebabkan perasaan takut pada seseorang.