Cara Menjaga Hubungan Seks untuk Wanita Bekerjaya

ADA banyak jenis hubungan seksual, yang mampu Anda lakukan bersama pasangan Anda. Terutama bagi Anda wanita yang bekerjaya, yang memiliki jam kerja tinggi dan sering berada di luar pejabat.

Setiap kali pulang ke rumah, peranan wanita bekerjaya berubah menjadi seorang isteri dan ibu di rumah. Harus mampu membahagikan masa untuk memerhatikan perkembangan anak dan satu sudut memenuhi keperluan suami.

"Kudrat seorang wanita, selain punya kecenderungan besar memberikan rasa kasih sayang kepada semua orang, juga mengalami proses kehamilan dan melahirkan. Wanita juga dituntut pandai memelihara hubungan seks dengan pasangannya,"


Ada hubungan seksual seperti api yang sedang menggelora, yang sifatnya sebagai pelepas ketegangan fizikal semata-mata. Ada juga jenis hubungan seksual erotik, cepat dan tergesa-gesa, atau semata-mata hanya sebagai kewajiban sahaja.

Ini tips bagi wanita bekerjaya agar tetap mampu melakukan hubungan seks, walau dalam keadaan penat seharian bekerja.

Istirahat terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti seksual. Hubungan seks memerlukan energi yang sangat besar. Sesibuk-sibuknya Anda bekerja, berikan kesempatan walaupun hanya satu jam melakukan hubungan seks tersebut. Ini untuk membiarkan pasangan Anda mengetahui betapa Anda mencintainya, menerusi kenikmatan.

Membuat komitmen yang disepakati antara Anda dan pasangan Anda untuk menjadualkan waktu yang tepat untuk melakukan hubungan seks tersebut.

Tidak semua orang memiliki waktu yang tidak sama ketika melakukan hubungan intim. Ada yang suka melakukan hubungan seks malam hari dan ada juga yang lebih berghairah melakukannya di pagi hari.

Waktu yang tepat untuk melakukan hubungan seks adalah pada pukul 02.00 pagi, di mana pada ketika itu hormon endrogen seorang lelaki sedang tinggi setinggi-tingginya.

"Lakukan hubungan seks kira-kira dua jam, setelah itu istirahat atau tidur kembali. Saat Anda dan pasangan bangun pada keesokkkan pagi harinya, badan menjadi lebih segar dan bersedia untuk bekerja,"