Pssttt, Lelaki Suka Salah Belikan Pakaian Dalam Wanita

SUDAH menjadi rahsia umum jika lelaki tidak pernah pandai dalam memilih hadiah untuk pasangannya. Apa pun yang mereka beli, seolah-olah tidak pernah sesuai dengan keinginan wanita.

Berdasarkan kajian baru, apa pun hadiah yang dibeli para lelaki untuk pasangannya, nyatanya tidak pernah sesuai dengan selera sang wanita. Antara hadiah yang lelaki tidak pernah mengerti ialah pakaian dalam.

Kajian mendapati bahawa lelaki sering kali salah dalam memilih ukuran dan warna pakaian dalam. Adapun kesalahan lain juga berlaku dalam pemilihan wangian, peralatan rumah tangga, dan pakaian sukan.

John Starr dari Gif Card and Voucher Week telah melakukan studi kepada 2,000 lelaki dan wanita. Dia pun mengatakan, "Membelikan hadiah untuk wanita menjadi sangat rumit dan ketakutan tersendiri bagi para lelaki. Walaupun, kebanyakan hadiah dapat diterima wanita dengan senang hati, namun kami melihatnya sebagai sebuah pertanda."

Satu dari enam pasangan mengaku, pernah bertengkar dalam memilih seseuatu hadiah, hanya satu dari 20 pasangan sebenarnya putuskan hubungan hanya kerana sebuah hadiah. Sementara, 49 peratus wanita memilih menjauhkan perkara ini untuk tidak menyukai berbelanja bersama, dan lima di antaranya mengatakan kebanyakan pasangan mereka justru tidak mengetahui apa yang mereka suka.

Tapi, perkara ini tidak hanya terjadi pada lelaki yang dinilai gagal dalam membelikan hadiah untuk pasangannya, para wanita juga dapat mengalaminya. Sebanyak 21 peratus lelaki mengatakan, mereka sering menerima pakaian yang mereka tidak suka, rokok murahan, dan 'barang yang bersifat sentimental', seperti frame gambar dan soft toys. Demikian yang dilaporkan dari Dailymail.