BILA sedang mabuk asmara, ada yang mendakwa seseorang tidak akan mempermasalahkan penampilan fizikal pasangannya. Benarkah?
Berdasarkan kajian terbaru, ternyata dalam mencari pasangan, seseorang memilih pasangannya dengan mengukur penampilan dirinya sendiri. Kajian itu dilakukan profesor bidang perilaku ekonomi pada Program Seni Media dan Sains serta Sekolah Manajemen Slogan, Dan Ariely.
Ariely menyatakan, wanita cantik menikahi lelaki tampan dan lelaki yang kurang tampan akan menikahi wanita yang kurang menarik. Jadi, apa yang membuat seseorang menjadi kelihatan menarik?
Kajian ini menunjukkan, masyarakat memiliki standard universal tentang keindahan fizikal, di antaranya mata besar, paras wajah yang menarik, bentuk muka simetris, atau wajah sedang-sedang. Selain itu, ukuran pinggang dan pinggul khusus pada lelaki mahupun wanita.
Standard ini ditemui Dan Ariely bersama rakannya dengan menganalisis data informasi dari website dating services provider online, HOTorNOT.com, yang membenarkan ahlinya menilai daya tarikan fizikal insan lain.
Para penyelidik memfokuskan diri selama 10 hari, tepatnya pada Ogos 2005 untuk mengetahui daya tarikan fizikal seseorang yang dinilai dengan skala 1-10. Kemudian, para penyelidik menganalisis peurata nilai setiap orang responden dibandingkan data jumlah permintaan dating. Secara purata, responden menyatakan mahu berpasangan dengan orang lain yang memang memiliki penampilan attractive (menarik).
Dibandingkan wanita, lelaki paling dipengaruhi penampilan fizikal ketika meminta wanita untuk dating. Namun, pada sudut lain, penampilan mereka sendiri tidak seimbang dan tidak disesuaikan pilihan teman dating mereka. Sebaliknya, wanita cenderung memilih pasangan yang memiliki penampilan yang sesuai dengan dirinya.
"Lelaki paling tidak memperhatikan penampilan mereka sendiri dibandingkan wanita. Padahal, mereka paling sering mengirimkan dating request dibandingkan wanita," jelasnya.
Hasil kajian yang akan diterbitkan dalam isu mendatang di jurnal Psychological Sciences menemui, seseorang yang secara fizikal kurang menarik pasti akan menonjolkan kelebihan dirinya yang lain, seperti humor dibandingkan sekadar keindahan fizikal.
Untuk mengetahui bagaimana mengatasi kekurangan fizikal seseorang, para penyelidik kemudiannya mengkaji speed dating. Dalam program yang ditaja sebuah syarikat biro jodoh di Biston yang melibatkan 24 responden, mereka diminta menilai enam kriteria, iaitu fizikal yang menarik, kecerdasan, rasa humor, kebaikan, kepercayaan diri, dan pergaulan sosial guna memutuskan memilih pasangan dating.
Para responden kemudian berbincang satu sama lain selama empat minit dengan beberapa pasangan yang berpotensi. Kemudian, ditemukan orang yang lebih menarik mementingkan penampilan fizikal ketika memilih pasangan date mereka.
Sementara itu, orang yang kurang menarik lebih mementingkan kualiti diri, seperti rasa humor dan kecerdasan. "Orang yang fizikalnya kurang menarik akhirnya mengubah perhatiannya kepada perkara lain, seperti rasa humor," lanjut Dan.
Selain kualiti diri, kajian tentang speed dating lainnya yang diterbitkan dalam jurnal Personality and Social Psychology edisi Februari menemui, potensi daya tarikan seorang pasangan boleh disebabkan perkara lain, seperti cita-cita dan gaji yang tinggi.
"Dari sudut lain, penampilan menarik sangat mendorong lelaki mahupun wanita untuk bercinta dengan orang yang memiliki jumlah gaji lumayan. Mereka cenderung boleh saling menyukai," ujar pengkaji Eli Finkel, yang juga pembantu profesor bidang psikologi pada Northwestern University di Illinois.