PARA lelaki mesti hati-hati ketika membina tali asmara. Ini kerana, lelaki seringkali mencampuradukan antara cinta dan seks.
Sebenarnya bukan sahaja lelaki, tetapi para wanita juga harus waspada sebelum terikat oleh tali pernikahan. Mereka harus tahu batasan-batasan norma yang harus dilakukan.
Menurutnya, bercinta seharusnya diisi oleh komunikasi untuk mengetahui keperibadian masing-masing. Perkara ini tentu saja untuk memperolehi keserasian sebelum akhirnya memutuskan untuk berumahtangga.
Sekarang yang terjadi adalah bercinta itu banyak bekerja, tetapi hanya sedikit berbicara. Tidak berbual-bual, tapi hujung-hujungnya seks saja. Nilai itu salah sebenarnya.
Dalam cinta itu ada tiga elemen iaitu passion, intimacy, dan commitment. Ketiga-tiga elemen ini memang harus dilalui oleh pasangan masing-masing untuk mendapatkan hubungan yang indah di masa akan datang.
Walaupun begitu, dalam proses intimacy sebaiknya dibatasi jangka waktunya maksima dua tahun. Perkara ini berdasarkan survei bahawa seseorang yang mengalami jatuh cinta itu akan mencapai klimaks pada usia dua tahun hubungan. Tapi, ada catatan bahawa hubungan itu murni tanpa berbaur dengan romansa seks.
Supaya intimacy itu murni, memang tidak boleh diganggu dengan seks. Makanya kalau sudah dua tahun bercinta tetapi tiada keseriusan masing-masing, itu patut dipersoalkan.