Perkara-perkara Pelik yang Mempengaruhi Hubungan Anda

TERBARU ada kajian yang menunjukkan bahawa seberapa banyak atau lama Anda tidur mempengaruhi hubungan Anda dengan pasangan. Sangat pelik, tapi sudah ada buktinya.

Namun, bukan soal memejamkan mata saja yang mensabotajkan kehidupan cinta Anda. Ada beberapa faktor lain yang pelik dan disokong oleh kajian ilmiah dapat benar-benar memperindah atau merosakkan hubungan Anda, seperti dipetik Cosmopolitan.



Berat badan Anda

Dengan subjek kajian hampir 200 pasangan pengantin baru, University of Tennessee di Amerika Serikat menemui bahawa lelaki dan wanita lebih puas dalam hubungan mereka ketika sang wanita memiliki indeks berat badan (BMI) yang lebih rendah daripada si lelaki. Namun, peneliti tidak menggabungkan faktor-faktor lain seperti depresi dan pendapatan ketika melakukan kajian. Tentunya penemuan ini bukanlah alasan untuk Anda kemudian berdiet gila-gila. Lagipula pernikahan yang bahagia adalah ketika kedua-dua pasangan saling mengasihi dan menerima satu sama lain bukan?


Orang tua pasangan Anda

Menurut kajian di Institute for Social Research di University of Michigan, pasangan memiliki kecenderungan berpisah 20% lebih tinggi sang wanita berteman baik dengan mertuanya atau orangtua pasangannya. Jadi, jika Anda tidak terlalu dekat dengan ibu pasangan mungkin itu perkara yang baik.


Perjalanan dari rumah-pejabat-rumah

Melalui lalu lintas dan kesibukan di pagi dan petang hari ketika berulang-alik dari pejabat ke rumah dapat meningkatkan tahap stres yang kemudian benar-benar mempengaruhi kehidupan rumah tangga Anda. Itu merupakan hasil kajian dari UmeƄ University di Swedia. Bahkan, risiko berpisah meningkat 40% jika Anda harus berbolak-balik bekerja setiap hari.


Alat pencegah kehamilan Anda

Mengambil pil pencegah kehamilan memang membantu mencegah kehamilan, tapi membantu Anda putus cinta juga. Menurut sebuah kajian, wanita yang mengonsumsi pil pencegah mahil ketika mereka bertemu pasangan lebih mungkin untuk tetap berhubungan daripada mereka yang tidak mengonsumsi pil tersebut. Alasannya, para penyelidik menyimpulkan bahawa mereka yang tidak mengambil pil pencegah kehamilan cenderung menilai pasangan mereka dengan cara yang cetek, seperti ketampanannya dan seberapa hebatnya di tempat tidur, sehingga menyebabkan hubungan mereka berakhir lebih cepat.


Telefon selular Anda

Mengirim pesan kepada teman, sementara pasangan Anda sedang mencuba untuk memberitahu masalah yang sedang dialaminya, tidaklah baik. Tetapi University of Essex menemui bahawa tidak menggunakan smartphone juga dapat meredam hubungan asmara Anda. Pasangan yang tidak boleh melepaskan telefon melaporkan bahawa mereka merasa kurang mempercayai dan bersimpati dengan pasangan.


Anjing Anda

Sebuah kajian di barat menemui bahwa memiliki haiwan peliharaan dapat merosakkan kehidupan asmara Anda. Setelah survei yang dilakukan kepada lelaki dan wanita bujang tentang bagaimana pendapat mereka jika date dengan lelaki yang memiliki anjing, sebanyak 28% mengatakan tidak merasa ada gentar dengan sang pemilik anjing.