Seks, Sarapan Pagi Paling Best!

SARAPAN seks di pagi hari? Mungkin selama ini Anda tak pernah membayangkannya, lebih-lebih lagi di hari-hari kerja. Sebahagian besar pasangan, termasuk Anda, melakukan hubungan seks pada tengahari atau di malam hari. Padahal, seks pagi hari sebenarnya mempunyai kenikmatan yang sangat berbeza.

Seks malam hari banyak dilakukan orang kerana percaya bahawa setelah tepat matahari terbenam adalah waktu yang tepat untuk bermesra. Lebih-lebih lagi ramai orang beranggapan, ghairah seks akan muncul.

Tidak ada salahnya mencuba melakukan hubungan seks di pagi hari. Hubungan seks tak mengenal waktu, juga tempat, tentunya dengan batasan norma. Selain sebagai alternatif dari keadaan-keadaan yang kurang menguntungkan, hubungan seks di pagi hari ternyata menyimpan kehebatan tersendiri.


Hubungan seks pada pagi hari tidak hanya berfungsi sebagai penghilang stres. Perkara yang lebih menguntungkan, Anda merasa dicintai sehari penuh, diperhatikan, dan juga dipenuhi keperluan psikologinya. Walaupun demikian, hubungan seks di pagi hari sering dikeluhkan kerana beberapa sebab. Contohnya terburu-buru kerana mengejar waktu ke pejabat atau mungkin masih merasa mengantuk. Tapi bukan bererti hubungan seks pagi hari tak nikmat.

Berikut ada empat rahsia kehebatan hubungan seks pagi hari, iaitu:


Mimpi erotik menjadi kenyataan

Jika Anda pernah bermimpi erotik dan fikiran Anda sukar untuk melupakannya, maka inilah cara yang tepat untuk Anda mengalami mimpi yang erotik, yang boleh menimbulkan ghairah baru dalam hubungan seks. Tidak harus selalu sama dengan kejadian yang Anda alami sewaktu mimpi, tetapi Anda boleh mengeksplorasi sesuai dengan kata hati.


Anda lebih berghairah

Kajian membuktikan bahawa peringkat hormon testoteron lelaki lebih tinggi di saat pagi hari. Lelaki yang biasanya terbangun setelah tidur, yang bererti boleh berhubungan seks secara lebih mudah, bahkan tanpa harus melakukan pemanasan yang begitu lama. Secara psikologi, Anda juga semakin percaya kepada diri sendiri ketika pasangannya sedia menerima.


Perempuan lebih mudah mencapai orgasma

Bangun tidur adalah keadaan paling rileks, keadaan yang paling menguntungkan bagi pasangan suami isteri untuk mencapai orgasma, khususnya perempuan, kerana dalam perkara ini sangat mutlak. Bangun pagi seperti membuka lembaran hidup baru, ketika tekanan hidup belum menghimpit. Sedangkan malam hari, konsentrasi fikiran Anda seperti mengulangi lagi kejadian sebelumnya.


Anda boleh menjadi sebagai perangsang

Hubungan seks di pagi hari akan memberikan warna seluruh sisa-sisa hari yang Anda jalani. Setelah melakukan hubungan seks di pagi hari, mungkin Anda terkenang pada sepanjang hari tersebut. Anda mungkin akan menelefon atau SMS pasangan Anda untuk saling berkongsi pengalaman Anda tentang kejadian pagi tadi yang penuh dengan kenikmatan. Pada ketika inilah hubungan sebagai pasangan suami isteri makin terjalin erat.