DATING buat kali pertama kerap kali membuat banyak orang menjadi tegang. Namun ternyata, perkara ini tidak hanya terjadi kepada lelaki sahaja, wanita juga merasakannya.
Gugup ketika dating pertama? Perkara ini sangatlah wajar, kerana Anda tentu belum mengenali dengan baik pasangan. Ketidaktahuan inilah yang membuat Anda tegang dan takut melakukan kesalahan.
Akan tetapi, perasaan tegang dan gugup ini tak hanya terjadi pada lelaki. Kaum wanita pun dihantui perasaan yang sama.
"Banyak teman wanita saya mengatakan bahawa mereka pun sering merasa kaku, malu, atau gugup bila didekati lelaki," kata Don Pedro dalam bukunya berjudul Memikat Wanita Idaman.
Lelaki yang datang dengan rasa gugup akan meneutralkan rasa gugup dan malu mereka sendiri. "Wanita merasa lebih selamat apabila didekati oleh lelaki yang demikian, kerana jelas mereka tidak didekati oleh lelaki hidung belang," sambungnya.
Wanita tahu lelaki dengan sikap demikian merupakan lelaki innocent, yang kemungkinan besar hanya berniat baik pada mereka.
"Malahan, banyak wanita yang berpendapat apabila sang lelaki mendekati wanita dengan cara yang terlalu percaya diri dan agresif, biasanya lelaki itu cenderung mementingkan diri sendiri, berlabel buruk, dan mungkin hanya menginginkan seks," tutupnya.