Soal memberikan hadiah, mungkin lelaki tidak sepandai wanita. Namun walaupun kadang-kadang kelihatan aneh, pemberian tersebut sebenarnya mengungkapkan isi hatinya pada ketika itu. Sheknows memberikan panduannya agar Anda dapat menerka apa maksud hatinya terhadap Anda.
Seorang lelaki me-retweet salah satu tweet Anda yang paling lucu atau bijak?
"Dia sedang jatuh cinta. Tak ada lelaki yang melakukan itu kecuali mereka mencintai Anda. Lelaki ini memberitahu Anda bahawa dia selalu mendengari Anda setiap saat dan benar-benar mengambil tahu semua yang dikatakan dan lakukan."
Seorang lelaki membawakan makanan atau membuat makan malam untuk Anda?
"Ini menujukkan bahawa dia romantis. Melalui cara ini, dia memberitahu Anda bahawa dia memerhatikan dan ingin menjaga Anda."
Seorang lelaki tingkah-lakunya tidak seperti biasa (jika biasanya dia orang yang lincah tiba-tiba menjadi pendiam atau sebaliknya)?
"Jangan bimbang. Biarkan dia berada dalam 'gua'-nya sendiri. Jika Anda terus mendesaknya untuk menceritakan apa yang terjadi atau apa yang dia fikirkan, dia malah akan semakin menjauhi. Berikan dia waktu satu atau dua hari dan jika dia masih diam, tanyakan padanya apa yang salah dan jika Anda boleh membantunya."
Ketika seorang lelaki meminta Anda untuk berbicara berdua-duaan?
"Biarkan dia berbicara. Ini bererti benar-benar perkara sukar dilakukan bagi lelaki. Dan ketika dia duduk dan berbicara kepada Anda, biarkan dia mengeluarkan segala yang terpendam, jangan memotong ayatnya."
Artikel Terkait Metroseksual
- Lelaki dan Cinta Tiga Segi
- Ketika Lelaki Menghadapi Masalah
- Lelaki dan Air Mata
- Pssttt, Lelaki Suka Salah Belikan Pakaian Dalam Wanita
- Fakta Mengejutkan di Sebalik Kalimah 'I Love You'
- Pilih Waktu Terbaik Untuk Dating
- Mancari Wanita Idaman di Pawagam? Ini Caranya
- Perkara-perkara Pelik yang Mempengaruhi Hubungan Anda
- Mempelajari Watak dan Karakter Lelaki Melalui Hobinya
- Lima Pertanyaan Paling Dibenci oleh Lelaki
- Lelaki Sasa Paling Diburu Wanita
- Mengungkap Kebiasaan Lelaki
- Cinta Versus Seks
- Penampilan Dapat Mengganggu Hubungan Cinta
- Lelaki Selalu Inginkan Seks?