Kajian baru menunjukkan bahawa ketika mencari pasangan hidup atau “The One”, lelaki dan wanita mencari perkara yang sangat berbeza. Sebagai contoh, wanita tahu telah menemui bahagian jiwanya yang satu lagi kerana si lelaki memberi mereka seselesaan emosional dan tahu bagaimana membuatkan mereka bahagia. Sebaliknya, lelaki merasa bagai pinang dibelah dua dengan wanita kerana mereka berdua serasi secara fizikal.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh dating site WhatsYourPrice.com, berikut lima alasan utama lelaki dan wanita merasa sudah menemui tambatan hatinya, seperti dilaporkan Femalefirst.
Lima alasan wanita tahu telah bertemu “The One”:
- Lelaki tahu bagaimana membuat mereka bahagia dan memberi keselesaan emosional.
- Rakan-rakan dan keluarga mereka melihat dalam diri si lelaki apa yang mereka ingin lihat.
- Si lelaki membuat dunia nampak lebih menarik.
- Berrkongsi prioriti yang sama dalam kehidupan.
- Wanita tertarik kepada lelaki dan mereka berdua serasi secara fizikal.
Lima alasan pria telah menemui “The One”:
- Si lelaki tertarik pada si wanita dan mereka berdua serasi secara fizikal.
- Si lelaki sangat mencintai si wanita dan tidak menginginkan orang lain.
- Si wanita tahu bagaimana membuat si lelaki bahagia dan memberi jaminan emosional.
- Berkongsi prioriti hidup yang sama.
- Si wanita akan menjaga si lelaki dengan baik.
Artikel Terkait Metroseksual
- Lelaki dan Cinta Tiga Segi
- Ketika Lelaki Menghadapi Masalah
- Lelaki dan Air Mata
- Pssttt, Lelaki Suka Salah Belikan Pakaian Dalam Wanita
- Fakta Mengejutkan di Sebalik Kalimah 'I Love You'
- Pilih Waktu Terbaik Untuk Dating
- Mancari Wanita Idaman di Pawagam? Ini Caranya
- Perkara-perkara Pelik yang Mempengaruhi Hubungan Anda
- Mempelajari Watak dan Karakter Lelaki Melalui Hobinya
- Lima Pertanyaan Paling Dibenci oleh Lelaki
- Lelaki Sasa Paling Diburu Wanita
- Mengungkap Kebiasaan Lelaki
- Cinta Versus Seks
- Penampilan Dapat Mengganggu Hubungan Cinta
- Lelaki Selalu Inginkan Seks?