RAMAI wanita bekerjaya kurang memperhatikan keadaan fizikal dan mentalnya. Bekerja, bekerja, dan bekerja. Kepenatan kurang ditangani. Sakit kepala dianggap biasa. Padahal, kepenatan dan sakit kepala menyebabkan disfungsi seksual. Bagaimana mengatasinya?
Menurut dr Naek L Tobing, psychiatrist,
sex counselor dan
sex educator dari Center For Marital And Sexual Studies, Jakarta, disfungsi seksual merupakan suatu gangguan fungsi seksual. Gangguan ini boleh terjadi secara menyeluruh atau sebahagian sahaja. Pada perempuan, disfungsi seksual dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu penurunan atau gangguan nafsu syahwat, gangguan terangsang (arousal), gangguan orgasma, dyspareunia (hubungan seksual yang menimbulkan rasa sakit), dan vaginismus (keadaan vagina berkerut setiap kali ingin melakukan hubungan seks sehingga tidak jadi berhubungan).
"Daripada lima bahagian tersebut, yang paling sering dideritai adalah tiga perkara pertama. Gangguan nafsu syahwat menempati urutan terpenting. Jika tidak ada hasrat, seorang perempuan tidak boleh terangsang," kata lulusan State University Minnesota, USA ini.
Disfungsi seksual terberat adalah gangguan nafsu syahwat atau penurunan keinginan berhubungan seks (
hypo sexual desire disorder). Namun, seorang perempuan masih boleh melakukan hubungan seksual kerana alat kelaminnya menerima secara pasif.
"Gangguan syahwat pada seorang perempuan memang sukar dikenali oleh seorang lelaki yang kurang memahami gangguan ini. Walaupun mengalami gangguan penurunan hasrat seks, seorang perempuan masih dapat melakukan hubungan seks dengan pasangannya," katanya.
Perkara ini berbeza dengan lelaki. Jika tidak ada syahwat, alat kelaminnya tidak mungkin berfungsi, sehingga tidak mungkin melakukan hubungan seksual. Gangguan syahwat dapat diklasifikasikan kepada dua. Primer dan sekunder. Disebut gangguan primer kerana penyebabnya terjadi sejak awal atau sebelum penderita mengenal seks. Sebanyak 90 peratus gangguan ini disebabkan oleh faktor psikologi.
"Gangguan ini memang masih sukar diubati dengan sempurna kerana sudah menyentuh aspek psikologi seseorang," ujarnya.
Berbeza dengan gangguan primer, pada gangguan sekunder, syahwat seorang perempuan awalnya berjalan secara normal, lalu tiba-tiba menurun. Penyebabnya mudah diketahui kerana sebelumnya perempuan tersebut normal.
"Kalau ada pesakit yang mengalami gangguan sekunder, langkah awalnya adalah melakukan rasionalisasi fikirannya. Tanya kenapa dan mencari penyebabnya. Setelah diketahui penyebabnya, baru kita ubati," jelasnya.
Menurut Naek, ada beberapa faktor yang dapat menyebabkan terjadinya disfungsi seksual pada wanita. Faktor-faktor ini kadang saling berkaitan antara satu sama lain sehingga memerlukan beberapa terapi yang dikombinasikan. Keadaan fizikal dapat menyebabkan atau merupakan pendukung masalah seksual, misalnya arthritis, gangguan saluran kencing, gangguan usus besar, trauma, pembedahan pelvis, lelah, sakit kepala, gangguan saraf, seperti multiple skerosis dan sindrom rasa sakit yang tidak diubati dengan sepenuhnya. Beberapa ubat, termasuk antidepressants, ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi atau rendah, dan ubat-ubatan untuk kemoterapi, dapat menurunkan ghairah seksual dan kemampuan untuk mencapai orgasma.
Selain faktor ini, masih ada beberapa faktor lagi yang boleh menyebabkan disfungsi seksual wanita. Menopouse, contohnya, dapat memengaruhi fungsi seksual pada wanita umur pertengahan. Kekurangan estrogen selepas menopouse dapat mengubah alat genital dan respon seksual. Lubrikasi (cairan yang secara semulajadi sihasilkan ketika rangsangan seksual) dari vagina pun menjadi lebih lambat. Faktor ini menimbulkan dyspareunia, iaitu rasa sakit pada waktu berhubungan intim dan pencapaian orgasma yang lama.
Apakah penderita gangguan syahwat boleh disembunyikan ? "Untuk kategori yang primer, sehingga kini kemungkinan untuk boleh sembuh secara sempurna masih sukar. Kalau kesnya masih ringan, masih boleh diatasi. Tetapi kalau sudah berat dan tidak memiliki lagi hasrat, sukar untuk disembuhkan," tegas Naek.
Penderita yang termasuk dalam kategori sekunder masih boleh disembuhkan, bergantung kepada penyebabnya. "Kalau penyebabnya fizikal, biasanya masih boleh diperbaiki. Dua minggu biasanya sudah normal. Kalau psikologi, bergantung kepada apa penyebabnya. Contohnya, dia benci suaminya dan tidak mahu berdekatan dengan suami. Ini susah. Tetapi sepanjang dia mahu disembuhkan, boleh disembuhkan," sambung Naek.
Adapun pendekatan yang dilakukan adalah berbicara dengan pakar seks, mencari penyebabnya dan menerima keadaan seadanya.
"Contohnya, jika suami curang dan menyedari kesalahannya, kita ajak si isteri untuk sebaiknya menerima dan memaafkan suaminya. Lalu menaikkan kekuatan seksnya dan menghilangkan rintangan psikologinya. Dengan sokkongan suami, boleh disembuhkan," terang Naek lagi.
Untuk masalah psikologi, lanjutnya, perlu ada konsultasi dengan doktor. Penderita dianjurkan mengikuti kaunseling atau melakukan psikoterapi. Di situ ada pendidikan seks mengenai fisiologi tubuh dan teknik membangkitkan rangsangan untuk mencapai orgasma. Jika berhasil, penderita boleh menikmati hubungan seksual, walaupun kadang-kadang masih memerlukan pertolongan.
"Masalahnya, ramai perempuan atau pasangan suami isteri yang tidak mahu berkonsultasi kerana malu dan tidak bersifat terbuka. Ini yang harus beperbetulkan kerana seks adalah sebahagian dan sumber kepada kesihatan." simpulnya.