Ketika Lelaki Menghadapi Masalah

MUNGKIN sebahagian orang percaya bahawa sikap melankolik lebih sebati pada diri wanita. Tetapi, psychologist Bondan Seno Prasetyadi punyai pandangannya yang berzeda.

Menurut Bondan, lelaki juga mungkin memiliki sifat melankolik seperti juga wanita. Kerana, manusia pada umumnya memiliki keperibadian yang berbeza-beza.

"Ada empat jenis keperibadian yang menggambarkan karakter manusia. Seperti melankolik, flagmatik, sanguinik, dan kolerik," kata Bondan.


Psychologist lulusan Universiti Gunadarma ini menambahkan, banyak faktor yang membentuk keperibadian seseorang menjadi melankolik. Bermula dari lingkungan, faktor kebiasaan, pola asuhan, termasuk jenis profesion yang diambil akan membentuk keperibadian seseorang.

"Jadi memang tidak tepat bahawa hanya wanita yang punya sifat melankolik," ujarnya.

Bondan menambahkan, dalam menghadapi suatu masalah bagi setiap orang, baik lelaki mahupun wanita, memang mempunyai cara yang berbeza. Mereka biasanya dengan bersikap introvert (lebih hati-hati) atau ekstrovert (lebih terbuka).

Seterusnya, sambung Bondan, mereka pun mampu menghadapi masalah itu dengan emotion focus atau sebaliknya dengan problem focus, yang lebih dikenali dalam dunia psikologi dengan istilah sublimacy. Iaitu mengganti atau mencari alternatif dari beban yang sedang dihadapi.

Menurut Bondan lagi, tindakan sublimacy pada lelaki merupakan pelarian pada perkara-perkara yang digemari bermula dari sukan, muzik, hingga membaca buku.

"Tidak hanya perkara-perkara positif sahaja mereka lakukan, tapi perkara-perkara negatif pun boleh dilakukan bermula dari mabuk, clubbing, hingga berlumba," tegasnya. Jadi, Anda termasuk karakter yang bagaimana?

Artikel Terkait Metroseksual