Lelaki dan wanita sesungguhnya merupakan insan yang sangat kontradiktif. Lelaki lebih suka segala sesuatu yang simple, sedangkan wanita justru suka dengan pelbagai perkara yang detail. Wanita juga dikenal dengan hobinya melontarkan berbagai pertanyaan, mahupun pendapat. Seringkali dengan pertanyaan ini, kaum lelaki justru merasa “terperangkap”.
Berikut beberapa pertanyaan yang dibenci oleh kaum lelaki, seperti dipetik oleh Healthy and Beloved.
Apa yang awak sedang fikirkan?
Ketika bertanya mengenai perkara ini, wanita mengharap jawapan “Aku sedang berfikir betapa beruntungnya memiliki kekasih seperti dirimu.” Padahal kemungkinan yang difikirkan oleh lelaki ialah mengenai pertandingan bola sepak pasukan kegemarannya pada malam nanti.
Adakah kamu mencintaiku?
Jika Anda lelaki, sebaiknya segera jawab, “Tentu saja, tanpa keraguan di dalamnya.” Namun jangan sekali-kali menjawab, “Apa itu cinta?” sebab Anda mungkin tak suka melihat bagaimana reaksinya.
Apakah menurutmu aku gemuk?
Bila Anda ingin selamat, jawablah “Tentu saja tidak. Kamu sangat cantik!”. Jawapan ragu seperti, “Hmmm.. sebenarnya kamu tidak terlalu kurus..” hanya akan membuat wanita marah.
Apakah aku lebih cantik daripadanya?
Percayalah, Anda harus menjawab dengan pasti kalau kekasih Anda yang paling cantik. Tiada pilihan lain.
Apa yang akan kamu lakukan bila aku meninggal?
Demi keselamatan Anda jawablah, “Kamu tak akan mati, sebab kamu adalah cinta dalam hidupku.” Jawapan “Aku akan menikah kembali demi kebaikan anak-anak,” tidak akan membuat wanita mana pun senang mendengarnya.