Bagi pasangan muda, aktiviti seksual boleh jadi merupakan saat-saat yang paling dinantikan. Ghairah dan energy yang masih tinggi membuakant hubungan seksual dilakukan penuh ghairah. Bahkan, sebahagian di antaranya melakukannya setiap hari.
Namun, seiring perjalanan waktu dan usia perkawinan memasuki usia lebih dari 10 tahun, ghairah seks sejumlah pasangan pun mula meredup. Lebih-lebih lagi ketika anak-anak mula beranjak dewasa dan mula mendapat cucu, pasangan suami isteri mula enggan melakukan hubungan intim.
Semestinya, orang-orang yang telah berusia secara naturalnya mengalami penurunan hormon, seperti hormon estrogen, progesteron, dan juga androgen. Akibat penurunan hormon ini akan memengaruhi ghairah seks yang kadang-kadang turut menurun. Tidak hanya itu, orang-orang yang telah berusia 40 tahun biasanya lebih sibuk dengan beberapa aktiviti seperti pekerjaan mahupun keluarga.
"Aktiviti seksual berkait rapat dengan aspek fizikal dan psikologi kedua-dua pasangan," ungkap Asistant Professor dari Departement Obstetric dan Ginecology Feinberg School of Medicine Northwestern University George Lazarou.
Hubungan seksual antara pasangan memerlukan kesediaan fizikal dan emosional untuk menjalin keintiman. Sementara emosi meliputi perasaan terhadap pasangan, pengalaman melakukan hubungan bersama pasangan dan kepuasan seksual.
Bagi wanita, ketika berusia 30-an sampai awal 40-an akan merasakan kenikmatan hubungan seksual bersama pasangan. Namun, tetap saja kualiti pasangan dipengaruhi oleh situasi, usia, paras hormon dan kesihatan secara keseluruhan.
"Seterusnya wanita akan memasuki alam menopaus, sedangkan lelaki akan mengalami andropaus," kata Lazarou, sambil menambah bahawa keadaan itu akan mengakibatkan penurunan nafsu seks.
Begitu hormon mula berkurang, maka keadaan psikologi seseorang pun akan dipengaruhi. Itu sebabnya, seorang wanita pada masa itu akan menolak untuk melakukan hubungan seksual. Berbagai alasan mereka kemukakan. Mulai dari rasa tidak selesa ketika berhubungan, sehingga tekanan psikologi yang mereka rasakan sewaktu melakukan hubungan seksual.