Tarik Perhatian Lelaki? Pakai Baju Merah

PAKAIAN tidak sahaja memainkan peranan penting untuk keindahan fizikal semata-mata, tetapi juga meningkatkan daya tarikan di hadapan lelaki. Benarkah?

Terangnya warna merah tidak saja membuat seseorang yang menggunakannya kelihatan cantik, tetapi juga mengundang sejumlah pandangan terarah padanya. Perkara yang sama pun berlaku bagi wanita yang menggunakan pakaian yang berwarna merah, di mana pakaian tersebut menjadi cara mudah menarik perhatian lelaki.

Sebuah kajian menunjukkan bagaimana pakaian tersebut dapat memenangi perhatian lawan jenis. Lalaki menilai bahawa wanita yang menggunakan pakaian merah kelihatan lebih menarik secara seksual sekaligus mengassociate warna kesuburan pada wanita.

Walaupun demikian, ini bukanlah perkara baru. Apalagi, wanita telah menggunakan pemerah pipi dan lipstik merah muda selama hampir 12 ribu tahun yang lalu. Seorang psychologist di University of Rochester di New York mengatakan bahawa ketika banyak kera betina dan cipanzi yang sangat subur, estrogen mereka berada di tahap maksima dan pembuluh darah mereka terbuka, sehingga mengubah wajah jadi cerah. Kulit memerah ini pun nampaknya memberikan signal untuk jantan-jantan tertarik dengan gerakan mereka.

Perkara ini pun berlaku sama seperti manusia.  Dalam kajian sebelumnya, para ilmuwan menunjukkan bahawa laki-laki nampaknya lebih tertarik pada wanita yang berpakaian merah daripada warna putih, tidak kira apa pun potongannya. "Perkara ini tidak bererti harus gaun merah atau pakaian yang seksi. Boleh jadi T-shirt merah," katanya, seperti dilaporkan Huffingtonpost.

Untuk memahami lebih dalam, Pazda dan rakan-rakannya melakukan percubaan sederhana. Mereka menunjukkan 25 foto wanita bujang pada lelaki. Dalam kes yang berbeza, mereka mengenakan pakaian bewarna merah atau T-shirt putih. Para penyelik kemudian meminta sukarelawan untuk mengukur dari skala 1 sampai 9. Dengan kata lain, mereka perlu menjawab pertanyaan, "Apakah mereka tertarik pada seks?"

Lelaki menafsirkan pakaian merah sebagai simbol bahawa wanita lebih terbuka untuk seksualiti. Bahkan, mereka cenderung menilai watak wanita untuk seks kira-kira 1 sehingga 9, 5 poin lebih tinggi ketika dia mengenakan merah daripada putih. Pazda dan rakan melaporkannya dalam Journal of Experimental Social Psychology.

Persepsinya, alasan lelaki tertarik pada wanita yang menggunakan warna merah, ialah kerana perkara tersebut dimungkinkan jika wanita lebih tertarik secara seksual.

"Saya fikir kajian ini cukup baik," kata Paul Eastwick, seorang psikolog sosial di Texas A&M University di College Station. "Perkara ini menunjukkan kepada saya bahawa manusia berevolusi dari beberapa waktu lalu."

"Kerja ini benar-benar menarik," tambah Markus Maier, seorang psychologist di University of Munich, Jerman. Dia mengatakan bahawa lelaki yang memuja warna merah begitu banyak. kesannya evolusi, tetapi juga boleh menjadi fenomena budaya, dengan kata lain perilaku yang diturunkan dari generasi ke generasi.

Di sudut lain, Paza mengingatkan bahawa wanita tentu harus berhati-hati. "Menggunakan pakaian berwarna merah mungkin boleh jadi pedang bermata dua," katanya. Wanita, mungkin akan mendapatkan perhatian seksual yang tidak mereka inginkan. Tapi, perkara ini juga boleh menjadi pelajaran bagi lelaki bahawa sangat penting menyedari bagaimana sikap mereka terhadap wanita boleh saja menyesatkan.

Artikel Terkait Metroseksual