Kajian yang diterbitkan dalam Journal Human Reproduction menggunakan subjek kajian seramai 3,000 pasangan, antara tahun 2002-2004, pada 24 hospital di Belanda. Dokter Jan Willem van der Steeg menemui hubungan antara kesuburan pada wanita dan body mass index (BMI), iaitu ratio antara tinggi badan dan berat badan. Wanita yang mempunyai BMI 30 atau lebih disebut obesiti.
Kajian menemui, wanita dengan BMI 30 atau lebih mempunyai kemungkinan lebih rendah untuk hamil secara natural dibandingkan dengan wanita yang mempunyai BMI normal antara 21-29.
"Dalam kes ini, wanita dengan BMI 30 atau lebih mempunyai kemungkinan hamil spontan menurun sebanyak 26 peratus, sedangkan wanita dengan BMI 40 kemungkinan akan semakin menurun sampai 43 peratus," ujar Van der Steeg.
Kemungkinan sukar hamil kerana pengaruh hormon leptin yang dikeluarkan oleh jaringan lemak. "Kemungkinan wanita obesiti mengalami kerosakan hormon, dan mengubah peluang persenyawaan dan proses pertemuan sel telur dan sperma," katanya.
Seperti diketahui, obesiti akan menggangu ovulasi. Kajian dari Belanda mengatakan, kemungkinan hamil akan berkurang dibandingkan dengan berat badan normal.
Namun, kajian tidak menyebut frekuensi hubungan seksual yang mampu mempengaruhi hasil kajian ini. Beberapa kajian menunjukkan obesiti sering kali dikaitkan dengan kemajuan seksual yang berkurang dan nafsu syahwat yang menurun.
Kajian menambah, hasil kajian masih memerlukan kajian lebih lanjut, terutama peningkatan angka purata obesiti dengan kesannya.
"Wanita gemuk dan obesiti yang menginginkan kehamilan, kemungkinan akan mengalami kesukaran," katanya lagi.