Alasan Lelaki Suka Wanita Berambut Panjang?

RAMBUT panjang tidak sahaja memberikan kecantikan tersendiri bagi wanita, tapi juga daya tarikan bagi lelaki. Kerana, lelaki cenderung menyukai wanita jenis ini. Apa alasannya?

Ramai wanita sengaja memanjangkan rambut agar penampilannya semakin menarik. Walaupun rawatannya jauh lebih rumit berbanding rambut pendek, namun hasil yang diperolehinya pun setanding dengan perjuangannya. Alasannya, wanita jenis ini tidak akan sukar meraih hati lelaki kerana wanita berambut panjang lebih menarik di mata lelaki. Lantas, apa sebenarnya alasan lelaki menyukai wanita berambut panjang. Lovelyish memaparkannya.


Rambut panjang memberikan lelaki sebuah mainan

Dengan rambut panjang, lelaki dapat memainkan tangannya untuk membelai mahkota pasangannya tersebut. Tentu ini sangat menguntungkan bagi wanita jika ingin memenangi hati lelaki idamannya. Oleh kerana itu, rawatlah rambut panjang Anda agar senantiasa lembut dan indah.


Rambut panjang pada wanita terlihat indah

Bukan bererti wanita berambut pendek terlihat teruk di mata lelaki. Namun, wanita berambut panjang memberikan kesan positif di mata lelaki berbanding wanita berambut pendek.


Rambut panjang itu seksi

Baik rambut keriting atau lurus, di mata lelaki semuanya kelihatan menarik dan seksi. Bagi Anda yang memiliki rambut keriting, keringkan rambut Anda dan sikat dengan rapi untuk kelihatan seksi di hadapan lelaki.


Rambut panjang wanita menjadi aset berharga bagi lelaki

Tidak setiap wanita memiliki rambut panjang sehalus sutra dan kelihatan seksi. Untuk mereka yang memiliki aset ini, tentu lelaki sangat bangga memilikinya. Tidak hanya untuk diri sendiri, tapi juga untuk dipamerkan di hadapan orang.

Artikel Terkait Metroseksual