Wanita merupakan makhluk yang dikenali lembut dan penuh perasaan. Lelaki, sebaliknya biasanya mudah ditemui dengan banyak perkara yang keras dan kasar. Walaupun begitu, tidak bermaksud lelaki tidak memiliki sifat lemah lembut. Mereka ada, namun hanya tidak mahu menunjukkannya.
Berikut beberapa perkara yang malu dilakukan lelaki dihadapan wanita, seperti dilaporkan Uncoached.
Menunjukkan rasa sakit
Beban seberat manapun, pekerjaan sekeras apapun, sakit seperti apapun, semua akan ditahan oleh lelaki. Mereka tak akan menunjukkan dirinya terseksa atau sakit, sebab itu sudah menjadi sesuatu yang normal bagi mereka.
Menangis
Ketika ada sesuatu yang menyedihkan, sesungguhnya lelaki juga merasa sedih. Namun, alasan lelaki tidak mahu menunjukkan tangisannya, ialah kerana merasa perlu melindungi wanita dan kelihatan kuat dihadapan wanita. Menangis, bagi ramai lelaki bererti tanda kelemahan. Apalagi bila harus dilakukan di hadapan wanita.
Meminta tolong
Ketika menghadapi kesukaran, tidak mudah bagi lelaki menurunkan egonya dan meminta tolong. Lelaki perlu merasa berkuasa, meminta tolong bagi mereka hanyalah membuatnya malu dan seperti tidak mengetahui apa-apa.