Latih Cengkaman Miss V dengan Cara Ini


UNTUK memberi kenikmatan dalam berasmara, otot-otot Miss V perlu dijaga ketegangannya. Latihlah dengan beberapa trik berikut.

Kepuasan merupakan tujuan utama dalam berasmara. Selain melepaskan ghairah dan hasrat terpendam, seks juga dapat membuat pasangan menjadi lebih harmoni dan romantis.

Demi mencapai kepuasan yang diinginkan, tentunya kebersihan dan kesihatan organ intim perlu dijaga. Salah satu yang tak kalah pentingnya ialah kekuatan otot-otot Miss V.

Berikut ini merupakan latihan untuk mengencangkan otot-otot Miss V, sebagaimana ditulis dalam buku Kamasutra & Kecerdasan Seks Modern karangan Ki Guno Asmoro.

Latihan satu

 » Teknik latihan ini dilakukan di kala wanita ingin buang air kecil. Tahan seketika semasa air kencing mengalir.
 » Kemudian paksalah aliran air kencing agar keluar lebih kuat.
 » Ulanglah latihan ini secara rutin.

Latihan dua

 » Gerakkan otot dasar pinggul (pelvik) sekurang-kurangnya 70 kali sehari untuk membuat otot-otot tersebut menjadi kuat.
 » Latihan ini dapat dilakukan secara rutin dan berulang-ulang.

Artikel Terkait Seksualiti