Ramai lelaki dilanda tertanya-tanya ketika mengejar wanita. Mereka pun berlumba-lumba melakukan berbagai cara untuk memenangi hati wanita idaman. Cara ini sebenarnya efektif, namun jika tak ingin diganggu, ada cara sederhana yang boleh dicuba. Memberikan pujian pada wanita salah satunya. Berikut kalimah-kalimah yang biasanya membuat seorang wanita bahagia, seperti dipaparkan Times of India.
“Kamu tampak menawan!”
Dr. Sushma Dayal, Clinical Psychologist mengatakan, "Masing-masing dari kita senang menerima pujian sebagai cara untuk improvisasi diri sendiri. Perkara itu membantu kita untuk menyingkirkan rintangan, bertindak sebagai motivasi, dan membantu kita meningkatkan keperibadian."
“Kamu adalah wanita pertama dalam hidupku”
Mengucapkan kata-kata ini memberikan perasaan bahagia kepada wanita. Tambah lagi, Anda juga menjelaskan bahawa Anda tidak menginginkan wanita lain selain dirinya. Perkara ini pun sanggup membuatnya percaya dan menjalankan hubungan yang efektif untuk jangka waktu yang lama.
“Apa pendapat kamu mengenai…?”
Sesekali, tanyakan pendapatnya mengenai suatu masalah ataupun hal-hal yang kecil akan menjadi pernyataan penting bagi diri seorang wanita. Menurut Dr. Sushma, penting bagi wanita untuk percaya bahawa dirinya menjadi seorang yang penting dalam pengambilan keputusan bagi pasangannya. Dengan menanyakan pendapatnya, akan membuat dia merasa spesial dan dihormati.