Benarkah Ukuran Mr P Dipengaruhi oleh Etnik?

UKURAN Mr P tentunya salah satu yang menjadi kebanggaan lelaki. Namun, banyak anggapan bahawa faktor etnik juga mempengaruhinya. Benarkah demikian?

Kajian yang dilakukan oleh Adaikan terhadap lelaki Singapura menunjukkan ukuran panjang rata-rata sekira 8 cm pada ketika tidak ereksi, akan bertambah menjadi sekitar 12 cm ketika ereksi. Ukur lilit Mr P sekitar 8.5 cm ketika tidak ereksi dan kira-kira 11 cm ketika ereksi.

Kajian itu juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara ukuran  Mr P dari etnik China, India dan Melayu, baik ketika tidak ereksi mahupun ereksi.

Kajian ukuran Mr P terhadap etnik Kaukasia yang dilakukan oleh Welles dan rakan-rakan menunjukkan ukuran panjang rata-rata Mr P 8.8 cm dalam keadaan tidak ereksi dan menjadi 12.9 cm ketika ereksi. Ukur lilitnya 9.7 cm dalam keadaan tidak ereksi dan menjadi 12.4 cm ketika ereksi.

Dari data di atas jelas menunjukkan bahawa ukuran Mr P umumnya tidak terlalu jauh berzeda antara etnik. Data ini sekaligus membantah informasi yang salah, yang seakan-akan telah menjadi mitos bahawa etnik tertentu mempunyai ukuran penis yang luar biasa.

sumber: Seks yang Membahagiakan, Menciptakan Keharmonisan Suami Isteri karya Wimpie Pangkahila.

Artikel Terkait Seksualiti