Persaingan dalam mencari cinta kadang-kadang bukannya mudah. Terutamanya, letika wanita perlu bersaing dengan wanita lain yang usianya lebih muda. Anggapan mengenai lelaki yang hanya menyukai wanita muda pun muncul.
"Perkara ini tidaklah benar. Jika lelaki lebih tua hanya tertarik dengan wanita lebih muda dan itu mengganggu Anda. Maka dia bukanlah lelaki untuk Anda," kata Christine, seorang relationship expert.
"Ketika lelaki menginginkan wanita yang lebih muda, biasanya yang dia maksud ialah seseorang dengan jiwa muda. Tak selalu bererti muda dari usia," lanjutnya. Perkara ini tentu baik kerana ramai wanita yang masih kelihatan energetik dalam usianya yang tak muda lagi.
"Inilah yang lebih penting, kerana dia memiliki sikap yang fantastik dan dapat mengurus dirinya sendiri," sambungnya. Bahkan, dalam bukunya yang berjudul The Art of Living a Flirtatious Life, Christine menemukan bahawa perbezaan usia memerlukan perjuangan yang lebih besar dan tak selamanya sempurna.
Oleh kerana itu, jangan ragu untuk memulakan hubungan dengan lelaki yang seusia dengan Anda, demikian seperti dipetik Eligible Magazine.