Saat datang haid setiap bulannya, wanita selalu dilanda masa PMS. Pada masa ini, emosional mereka biasanya meningkat. Inilah yang disebut dengan sindrom pramenstruasi (PMS). Sebelum Anda overwhelmed menghadapinya, hadapi dengan langkah berikut agar pasangan pun merasa lebih baik. Ehow merangkumnya untuk Anda.
Memahami PMS
Ketahuilah bahawa dalam masa itu, wanita sukar untuk mengawal gelora perasaan dalam hatinya. Pastikan pula untuk mengetahui bahawa PMS adalah normal bagi semua wanita secara keseluruhan.
Tidak mengkritik
Jadilah pribadi yang baik ketika dia PMS. Cubalah untuk tidak mengkritik dirinya, mempersendakan dirinya atau menelefon berlebihan. Pada masa ini, wanita cenderung lebih sensitif. Oleh sebab itu, aturlah suasana hatinya. Berikan pujian untuk membuat dirinya merasa lebih baik dan biarkan ia tahu betapa istimewanya dia bagi Anda.
Buat kejutan untuknya
Lakukan sesuatu perkara yang spesial untuknya. Belikan ia jambangan bunga atau ajak dia berdating secara spontan dan tidak dirancang sebagai kejutan. Sepotong aiskrim kegemarannya juga membuatnya merasa lebih baik.
Dengarlah
Saat ia memulakan bicara, fokuslah mendengarkan dan ikuti keinginannya. Jika dia memang sedang ingin menyendiri, maka berikan ruang untuknya. Jika dia ingin bersama Anda, pastikan bahawa Anda selalu bersiap sedia di sekitarnya. Jika dia ingin berbicara, bersedialah menjadi pendengar yang baik.
Sabar
Sediakan kesabaran yang lebih dalam menghadapinya untuk sementara waktu. Dalam beberapa hari, setelah habis PMS, dia pun akan kembali normal.