Sang suami sering kali mengalami orgasma lebih awal dari sang isteri. Kerana perkara itulah seorang lelaki seringkali sangat egois ketika "bercinta". Lebih parahnya lagi, ramai orang yang menganggap bahawa sudah menjadi ketentuan umum wanita tidak dapat dikalahkan ketika berasmara.
Sebenarnya mencapai orgasma bersama-sama bukan perkara yang mustahil. Perkara asas yang perlu dilakukan adalah mengetahui erti hubungan seksual yang adil dengan pasangan Anda. Keinginan ghairah Anda harus dipinggirkan seketika untuk memahami keinginan pasangan Anda. Jika ternyata Anda masih belum yakin semaklah tips-tips berikut:
Sebaiknya Anda memahami erti hubungan seksual yang sebenar
Cuba bersimpati terhadap keinginan pasangan Anda perlu dilakukan. Pemahaman tentang karakter dan keinginan pasangan Anda juga harus mendapat prioriti. Semuanya harus seimbang dan tidak boleh pentingkan diri sendiri. Bila ada kekurangan hendaknya Anda dan pasangan saling terbuka untuk mencari solusi dan menyelesaikannya. Selain itu, Anda juga harus tahu cara mengimbangi pasangan Anda ketika melakukan hubungan seksual.
Anda harus memperhatikan faktor pendukung ketika melakukan hubungan seksual
Tujuannya adalah membangunkan suasana yang nikmat bagi Anda mahupun pasangan Anda. Beberapa faktor pendukung dalam hubungan seksual, antara lain faktor tempat, suasana hati, waktu, dan penampilan. Kata-kata pujian juga harus Anda berikan pada pasangan Anda. Perkara itu dilakukan untuk memberikan kepercayaan diri pada pasangan Anda.
Pengenalan kemampuan diri sendiri
Suami kerap kali mengalami ejakulasi pramatang, maka perlu adanya keseimbangan ketahanan dengan sang isteri dalam berasmara. Ketahanan dan lama tidaknya seseorang bermain seks juga merupakan faktor penting untuk terciptanya keserasian pasangan.
Pentingnya foreplay
Foreplay menjadi sangat penting kerana dari sanalah kenikmatan seks muncul. Bila dilakukan dengan romantis dan bersahaja maka kepuasan yang klimaks tentu saja terjadi. Perkara lain yang perlu diperhatikan adalah pasangan masing-masing harus mengenali titik-titik tertentu yang apabila disentuh, dicium, atau digigit untuk membangkitkan ghairah.
Kerjasama yang baik antara Anda dan pasangan
Seorang suami harus memikirkan kepentingan sang isteri ketika melakukan hubungan seksual, begitu juga sebaliknya. Perlu diketahui sekali lagi wanita mampu orgasma lebih dari satu kali walaupun sudah klimaks. Bukan bererti bila seorang wanita sudah mencapai klimaks maka ia sudah tidak mahu melakukannya lagi, itu tidak benar. Lain halnya dengan laki-laki yang pastinya "off" setelah orgasma. Kerana itulah, pengetahuan tentang titik rawan pada pasangan dan teknik bercinta sangatlah penting diketahui.
Sebagai tambahan, setelah Anda dan pasangan sama-sama sudah mencapai klimaks, jangan sekali-kali meninggalkan pasangan dan seterusnya tertidur nyenyak. Lakukan afterplay untuk menjaga perasaan dan emosi pasangan Anda. Perkara di atas tentu dapat Anda terapkan untuk mencapai orgasma bersama.