Makanan Pembangkit Nafsu Berahi

HUBUNGAN seks tidak hanya bergantung pada apa yang Anda lakukan di tempat tidur, pasti Anda memerlukan power saat "bertempur". Agar mampu bertahan lama dalam berasmara, Anda dan pasangan perlu membiasakan diri untuk makan makanan yang mampu meningkatkan nafsu berahi.

Berikut makanan yang disarankan:


Daun saderi

Daun saderi merupakan sumber makanan yang boleh meningkatkan rangsangan seksual. Terbukti, daun saderi mengadungi sebatian androsterone, hormon tanpa bau yang keluar melalui peluh seorang lelaki. Hormon ini diyakini boleh membuatkan wanita terangsang.


Tiram mentah

Tiram dikenali sebagai makanan laut yang kaya dengan zat besi, yang boleh menaikkan jumlah sperma dan produksi testosteron, horman yang ini diyakini dapat menaikkan ghairah seksual.

Cubalah menghisap tiram bersama pasangan sebagai bahagian dari foreplay seks Anda. Seperti dengan cara saling menyuapkan akan membuat permaian seks Anda semakin hangat dan erotis.


Aprikot

Tidak hanya bagus untuk kesihatan tubuh, buah aprikot juga memiliki nutrisi yang membantu meningkatkan stamina seks. Kandungan folic acid-nya melancarkan metabolisme protein, dan menaikkan energy tubuh.

Penggabungan dua unsur penting aprikot, vitamin B6 (nutrisi yang membantu menaikkan produksi hormon lelaki) dan potassium (membantu memlancarkan kelenjar thyroid), diyakini mampu meningkatkan nafsu berahi lelaki dan wanita.


Almond

Almond merupakan sumber penting asid lemak yang kaya akan sebatian yang sangat vital bagi kesihatan hormon reproduksi seorang lelaki. Aroma yang dikeluarkan almond membantu membangkitkan hasrat wanita.


Telur

Telur merupakan sumber utama vitamin B6 dan B5 yang membantu meningkatkan tahap keseimbangan hormon dan memerangi stres. Dua perkara utama ini sangat penting bagi kesihatan kehidupan seks Anda.


Buah kurma

Buah yang sering dijumpai di bulan puasa ini memiliki kandungan asid amino yang dipercayai boleh menaikkan nafsu dan menaikkan stamina seksual. Bentuk dan aroma manis buah kurma yang masih segar boleh merangsang indra seksual Anda dan pasangan.

Artikel Terkait Bacaan Lelaki ,Seksualiti